Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: Lily Tan/Facebook)
BERITAmediacorp: Apabila dilanda pandemik sejak dua tahun yang lalu, ramai penduduk di sini meluangkan masa bersiar-siar di merata Singapura, khususnya di taman-taman di mana masa seolah-olah terhenti seketika untuk kita menikmati keindahan alam semula jadi.
Bagi penduduk ini pula, beliau terkejut melihat warna biru, hijau dan kuning di atas pokok dalam lawatannya ke Taman Labrador dan memetik gambar yang kemudian dimuat naik ke laman Facebook.
Ramai netizen yang membalas catatan itu memuji keindahan bulu burung merak yang bertenggek di dahan pokok. Ada juga yang terhibur dengan gelagat burung merak itu kerana burung merak lazimnya berada di bawah dan bukan di atas pokok.
Memandangkan ramai penduduk kini lebih giat berjalan-jalan di merata Singapura, apa lagi kejutan yang boleh disaksikan kelak, ya?
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.