Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Gambar Pilihan Hari Ini

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: One Day One Juz/Facebook)

BERITAmediacorp: Secara lazimnya, jika berada di luar rumah, umat Islam akan menggunakan singki di tandas untuk mengambil wuduk.

Namun, di Universiti Regina di Kanada, mereka mempunyai ciri khas di tandas untuk memudahkan urusan 800 mahasiswa Muslim mengambil wuduk, iaitu dengan menggunakan singki khas.

Para penuntut sebelum ini prihatin kerana berdepan dengan kesulitan untuk meletakkan kaki di sinki sebelum pelajar lain memasuki tandas. Ada yang akan berasa geli jika terlihat orang lain meletakkan kaki di sinki, ada juga yang akan berasa kekok berdepan dengan situasi sebegitu. 

Dengan adanya singki sebegini, semuanya lebih senang, menurut para pelajar di sana. Mereka dapat mengelakkan pandangan orang lain yang mungkin tidak memahami situasi tersebut dan dapat berwuduk dengan lebih selesa lagi. 

Sumber : BERITA Mediacorp/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan