Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Gambar Pilihan Hari Ini

Anggaran Waktu Membaca:

BERITAmediacorp: Sudahkah anda meneka umur wanita dalam kedua-dua gambar berikut? Jawapannya ialah gambar kiri dipetik ketika beliau berusia 80 tahun manakala gambar di sebelah kanan pula dirakamkan 10 tahun kemudian, ketika beliau berusia 90 tahun! Ini bukan satu gurauan semata-mata. 

Doktor Lee Gil Yeo, wanita dalam gambar tersebut, merupakan salah satu wanita awet muda asal Korea yang tular di internet baru-baru ini. Dengan wanita di seluruh dunia sanggup berbelanja tinggi untuk mencari rawatan awet muda, wanita ini membuat ramai terkejut apabila mendapat tahu sejarah hidupnya. 

Bukan sekadar jelita dan awet muda, wanita ini yang dilahirkan di Gunsan, Korea Selatan pada 1932 masih aktif bekerja - beliau  merupakan Presiden Kolej Sains Perubatan di Universiti Gachon dan salah seorang pendidik yang sangat dihormati kerana sudah membangunkan beberapa syarikat berkaitan dengan kesihatan yang mengubah kehidupan ribuan orang. 

Malangnya - tidak dikongsi rahsia beliau kekal awet muda....

Sumber : BERITA Mediacorp/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan