Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Gambar Pilihan Hari Ini

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: @haidharwurjanto/TikTok; @burgerdraje/TikTok; @brokekbatik/TikTok)

BERITAmediacorp: Nikmatnya air teh sejuk di tengah-tengah cuaca panas terik sejak kebelakangan ini... Namun, nikmat itu mungkin hanya buat sementara waktu sahaja. Di bawah terik matahari, ais cair dengan pantas dan air teh sejuk pun tidak akan sejuk buat selama-lamanya. 

Oleh itu, jejaka-jejaka dalam rakaman video yang tular di TikTok ini sudah berhasil mencari jalan untuk memanjangkan nikmat meminum air teh sejuk mereka. Cawan plastik biasa digantikan dengan plastik lebih besar yang disandang pada bahu mereka dan straw yang digunakan pula jauh lebih panjang supaya dapat menyedut air teh di dalam beg plastik tersebut. 

Gelagat jejaka-jejaka ini mencuit hati ramai netizen, namun, ramai juga bimbang jika perlu bergegas ke tandas selepas meminum air sebanyak itu.

Sumber : BERITA Mediacorp/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan