Gambar Pilihan Hari Ini
BERITAmediacorp: Gara-gara nama, lelaki ini menjadi perhatian ramai. Dia 'viral' tetapi bukan virus.
Malah, apabila membeli minuman di Starbucks, dia ditertawakan oleh barista dan orang-orang di kafe itu hanya kerana namanya - Kovid. Iya, nama lelaki ini Kovid Kapoor.
Sejak dua tahun kebelakangan ini, Kovid Kapoor yang berasal dari India, menjadi bahan lawak dan terpaksa melayan gurauan serta pertanyaan bertubi-tubi tentang namanya yang berbunyi sama dengan si virus COVID-19 itu.
Sungguhpun demikian, dia tidak berkecil hati mahupun tersinggung. Kadangkala dia juga turut tersenyum sendiri dengan insiden lucu melibatkan namanya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.