Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Gambar Pilihan Hari Ini

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: petikan dari video YouTube ViralHog)

Diterbitkan : 07 Jan 2022 01:48PM Dikemas Kini : 07 Jan 2022 01:48PM

BERITAmediacorp: Sekali pandang, nampak anjing. Pandang lagi, eh! Rupa-rupanya, kucing lah...

Ini merupakan satu kejutan untuk sebuah keluarga di Brazil apabila mereka ternampak 'kepala anjing' di bumbung depan rumah mereka. 

Dalam rakaman video Carolyn Muylaert yang dinonton hampir 40,000 kali di akaun Instagramnya, kepala anjing itu seolah-olah sedang memandang ke arahnya.

Namun, apabila Carolyn membuat bising untuk menarik perhatian anjing itu, haiwan itu menoleh dan rupa-rupanya, ialah seekor kucing putih yang mempunyai tompok-tompok hitam pada bahagian belakang badannya, seakan-akan muka seekor anjing. Alangkah terperanjat Carolyn dan keluarganya, sehingga mereka ketawa terbahak-terbahak! 

Sumber : BERITAmediacorp/NY/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa