Gambar Pilihan Hari Ini
Sambil mengunyah, renggangkan otot. Kerusi khas dalam Gambar Pilihan Hari Ini akan membuatkan seseorang berasa kurang bersalah menikmati makanan segera yang, seperti kita semua sedia maklum, tidak mesra diet.

(Gambar: McDonald’s China/Weibo melalui TODAY)
BERITAmediacorp: Sambil mengunyah, renggangkan otot. Kerusi khas dalam Gambar Pilihan Hari Ini akan membuatkan seseorang berasa kurang bersalah menikmati makanan segera yang, seperti kita semua sedia maklum, tidak mesra diet.
Di China, dua rangkaian restoran makanan segera McDonald’s menyediakan kerusi yang juga berfungsi sebagai 'basikal', lengkap dengan pengayuh, di sesetengah meja untuk menggalak pelanggannya membakar kalori sewaktu makan.
Namun, pelanggan yang berbuat demikian tidak sahaja mendatangkan kemaslahatan untuk diri sendiri bahkan, mereka juga sebenarnya membantu menjana tenaga elektrik tatkala duduk mengayuh sambil menikmati kentang goreng dan burger.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.