Gambar Pilihan Hari Ini
Sebuah blok di Canberra Link bertukar wajah sejenak pada malam Krismas lalu (24 Dis), menarik tumpuan orang ramai yang lalu lalang dekat kawasan sekitarnya.

(Gambar: @darrensohphoto melalui Very Small Exhibition/Facebook)
BERITAmediacorp: Sebuah blok di Canberra Link bertukar wajah sejenak pada malam Krismas lalu (24 Dis), menarik tumpuan orang ramai yang lalu lalang dekat kawasan sekitarnya.
Sedang mereka yang menyambut perayaan itu sibuk menghiasi pokok Krismas di rumah masing-masing pada saat-saat akhir, sekumpulan artis pula gigih menaikkan seri blok HDB dalam Gambar Pilihan Hari Ini.
Ia bermandikan cahaya pelangi melalui pemasangan lampu lap lip berwarna-warni di ruang tangga blok, hasil sentuhan kreatif para penggiat di sebalik pameran Very Small Exhibition.
Sebelum ini, pameran tersebut menyalakan warna pelangi di ruang tangga sebuah blok HDB di Clementi.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.