Gambar Pilihan Hari Ini
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Single X 35)
SINGAPURA: Single X 35, 'sebuah manga tentang Singapura', dicipta oleh seorang pelukis yang berpangkalan di Singapura, dengan nama samaran Nezumiro.
Berkongsi karya itu di Reddit, Nezumiro memperkenalkan Single X 35, yang mengikuti kehidupan Shun Li, seorang pekerja pejabat berusia 35 tahun di Singapura.
Bab pertama mengikuti watak utama ketika dia menempuh realiti kehidupan seharian - daripada bergelut dengan rasa ketinggalan di tempat kerja hingga bersaing untuk mendapatkan sebuah apartmen yang diminati ramai di sepanjang "Jalan Road, Bukit Hill".
Ia juga membayangkan kemasukan watak wanita utama, rakan sekerja Shun Li yang kelihatan menjadi pesaingnya untuk flat yang sama.
Ramai yang memuji Nezumiro atas bacaan yang menarik, dengan ada yang mengatakan mereka berasa seronok selepas bab pertama, dan kini tidak sabar untuk melihat bagaimana cerita itu berkembang.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.