Skip to main content

Gaya Hidup

Gambar Pilihan Hari Ini

Anggaran Waktu Membaca:
MALAYSIA: Bukan semua majlis pertunangan perlu dijadikan serba mewah untuk mengukir kenangan manis yang tidak dapat dilupakan. Bagi pasangan ini, mereka memilih pendekatan yang lebih sederhana — namun tetap bermakna.

Dalam Gambar Pilihan Hari Ini, sepasang pasangan muda dilihat bergambar bersama pelbagai anak patung haiwan, daripada sotong hingga harimau, menjadikan suasana lebih santai dan ceria.

Menurut komen-komen yang dilihat di media sosial, patung-patung itu sebenarnya merupakan hadiah daripada pasangan lelaki kepada tunangnya, memandangkan pasangannya itu gemar mengumpul mainan jenis "plushie".

Biarpun ringkas, pertunangan mereka membuktikan bahawa kebahagiaan tidak semestinya diukur dengan kemewahan, tetapi juga pada perkara-perkara kecil yang menguntumkan senyuman.
Sumber : Sumber Web/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita