Gambar Pilihan Hari Ini
Seorang individu berjaya mematahkan percubaan seorang penipu yang cuba mendapatkan butiran bank peribadi melalui panggilan video.
Petikan skrin dari video Facebook/Sunny Toh.
Dalam video yang dimuat naik ke Facebook pada 18 April lalu, individu berkenaan berkata beliau sedang merakam video untuk TikTok apabila beliau mendapat panggilan daripada si penipu.
Individu berkenaan berkata beliau dapat melihat logo Pasukan Polis Singapura (SPF) digunakan sebagai gambar profile pemanggil tersebut, serta alamat emel "cidpolice859 [at] gmail.com".
Apabila beliau menjawab panggilan tersebut, si penipu kelihatan sedang memakai pelitup dan seragam pegawai polis.
Si penipu kemudian cuba mendapatkan butiran bank mangsa dan nombor kad ATM bagi mengesahkan percubaan mengeluarkan wang tunai S$1,000 daripada akaun mangsa.
Namun apabila mangsa bahawa kad ATM beliau sudah hilang, si penipu dengan segera mematikan panggilan setelah menyedari helahnya terbongkar.
Mengakhiri catatannya, individu tersebut mengingatkan orang ramai supaya lebih berwaspada kerana para penipu kini lebih licik.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.