Gambar Pilihan Hari Ini
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sekitar 200 penduduk berkumpul dalam majlis Buka Puasa Marsiling yang berlangsung hujung minggu lalu. Jiran tetangga berbual mesra sambil menjamu selera, dalam detik yang sederhana tetapi bermakna.
Ramadan bukan sekadar bulan ibadah, malah waktu untuk mengeratkan hubungan, menzahirkan keprihatinan dan memupuk semangat kebersamaan dalam masyarakat. Kehadiran keluarga, warga emas, sukarelawan dan rakan-rakan yang duduk bersebelahan sambil menikmati juadah berbuka menggambarkan semangat perpaduan yang terus dipupuk dalam masyarakat.
Pihak penganjur turut merakamkan penghargaan kepada rakan kerjasama termasuk McDonald’s, Families for Life, Lembaga Penggalak Kesihatan, Diabetes Singapore serta Masjid An-Nur, selain sukarelawan Marsiling Greenview Zone 9 RN yang membantu menjayakan acara tersebut. Kerjasama antara komuniti, sektor perniagaan dan agensi awam membolehkan lebih banyak inisiatif dilaksanakan demi menyokong keluarga serta mengeratkan hubungan sesama penduduk.

Sumber : BERITA Mediacorp/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.