Skip to main content

Gaya Hidup

Gambar Pilihan Hari Ini

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini
Chee Sur Wing, 33 tahun, dan isterinya Rita Too Wan Er, 32 tahun. (Gambar: BERNAMA)
New: You can now listen to articles.

This audio is generated by an AI tool.

Diterbitkan : 07 Mar 2026 01:21PM
KLUANG: Sepasang suami isteri berbangsa Cina di Kluang, Malaysia, mencuri perhatian apabila menjual baju kurta serendah RM10 bagi membantu golongan B40 mendapatkan pakaian baharu menjelang Aidilfitri.

Inisiatif harga “Rahmah” oleh Chee Sur Wing, 33 tahun, dan isterinya Rita Too Wan Er, 32 tahun, bertujuan memastikan lebih ramai dapat merasai kemeriahan Hari Raya tanpa terbeban dengan kos pakaian.

Walaupun harganya rendah, pasangan ini tetap mengekalkan mutu fabrik seperti satin dan Como Crepe. Tahun lalu sahaja, lebih 20,000 pasang pakaian raya pelbagai jenis berjaya dijual kepada orang ramai di sekitar Kluang, Johor.
Sumber : Bernama/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita