Skip to main content

Gaya Hidup

Gambar Pilihan Hari Ini

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini
(Gambar: BERNAMA)
Diterbitkan : 22 Feb 2026 12:50PM Dikemas Kini : 22 Feb 2026 12:51PM
PERAK: Majlis perkahwinan ini bukan sahaja cukup inklusif, tetapi ia juga menonjolkan masyarakat berbilang budaya di Malaysia.

Pasangan dari Malaysia, Dr Kajel Kaur Gill dan Jonathan Bhatti, memilih untuk melangsungkan perkahwinan mereka dalam suasana yang cukup inklusif.

Majlis perkahwinan mereka diadakan di lokasi yang menghidangkan makanan Hala;, malah diiringi persembahan tarian singa Cina yang jarang disaksikan dalam majlis perkahwinan masyarakat Sikh.

Walaupun berbeza pegangan agama, Sikh dan Katolik, kedua-duanya sepakat bahawa rasa hormat dan kepercayaan menjadi asas hubungan mereka.

Majlis mereka menjadi gambaran indah bagaimana cinta, persahabatan dan budaya boleh bersatu tanpa perlu mengorbankan identiti.

Sebuah perkahwinan yang bukan sekadar penyatuan dua insan, tetapi juga cerminan keharmonian Malaysia.
Sumber : BERITA Mediacorp/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita