Skip to main content

Gaya Hidup

Gambar Pilihan Hari Ini

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini
Anak kuda belang terbaharu di Taman Haiwan Singapura sedang bermanja dengan ibunya. (Gambar: Tangkapan skrin Mandai Wildlife Reserves\Facebook)
Diterbitkan : 31 Jan 2026 01:51PM Dikemas Kini : 31 Jan 2026 01:55PM
  • Mandai Wildlife Reserve mengadakan undian nama untuk anak kuda belang Grevy sempena Hari Kuda Belang Antarabangsa dan Tahun Kuda di Taman Haiwan Singapura.
  • Pasukan penjagaan haiwan telah memilih tiga nama bermakna iaitu Amari, Sana dan Ka’ari untuk dipilih oleh orang ramai.
  • Orang ramai boleh menyertai undian dengan meninggalkan komen nama pilihan sehingga 15 Februari 2026.
  • Inisiatif ini bertujuan memeriahkan perayaan serta menggalakkan kesedaran dan pelibatan awam dalam pemuliharaan hidupan liar.
Dijana oleh AI

SINGAPURA: Sempena Hari Kuda Belang Antarabangsa dan sambutan Tahun Kuda, Mandai Wildlife Reserve mengajak orang ramai pilih nama anggota terbaharu keluarga kuda belang Grevy di Taman Haiwan Singapura. 

Anak kuda belang betina itu kini mencuri perhatian apabila pasukan penjagaan haiwan menyenarai pendek tiga nama yang bermakna, dan membawa tuah.

Tiga pilihan nama tersebut ialah:

  • Amari yang melambangkan kekuatan dan keberanian
  • Sana yang bermaksud kecantikan atau sinar cahaya
  • Ka’ari yang membawa maksud anak perempuan

Orang ramai boleh mengundi dengan meninggalkan komen nama pilihan masing-masing sehingga 15 Februari 2026.

Inisiatif itu bukan sahaja menyemarakkan suasana perayaan, malah menggalakkan pelibatan awam dalam usaha pemuliharaan dan kesedaran hidupan liar.

Sumber : BERITA Mediacorp/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita