Skip to main content

Gaya Hidup

Gambar Pilihan Hari Ini

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini
Danial Sim menunjukkan replika bas yang dihasilkannya untuk Tap Space. (Gambar: CNA/Joyee Koo)
Diterbitkan : 30 Jan 2026 11:48AM Dikemas Kini : 30 Jan 2026 12:00PM
SINGAPURA: “Saya jual kenangan.” Itulah semangat Danial Sim, 28 tahun, yang merubah minat zaman kanak-kanaknya terhadap bas dan MRT menjadi sebuah kedai bertemakan pengangkutan awam.

Di Tap Space, Burlington Square, pelbagai barangan seperti rantai kunci stesen MRT, replika bas dan aksesori pengangkutan menghidupkan kembali memori perjalanan harian rakyat Singapura.

Bermula dengan modal hanya S$50 dan empat rantai kunci stesen MRT, penjualannya laris bak pisang goreng panas apabila semuanya habis terjual dalam sehari.

Daripada jualan di TikTok dan 'pop-up', Danial akhirnya membuka kedai fizikal dengan reka bentuk produk yang menarik minat masyarakat yang berkongsi nostalgia serupa, daripada susur tangan bas hingga nombor bas ikonik.

Lebih daripada sekadar cenderamata, Tap Space menjadi ruang bagi orang ramai singgah untuk bersembang dan mengimbau kenangan.
Sumber : CNA/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita