Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Gadis terharu ibu bapa buat kejutan hari lahir di awan biru

Anggaran Waktu Membaca:
Gadis terharu ibu bapa buat kejutan hari lahir di awan biru

Gambar: TikTok/ @elynlyn_

Diterbitkan : 09 Nov 2022 01:09PM Dikemas Kini : 09 Nov 2022 01:10PM
KELANTAN: Tiada yang membahagiakan apabila menerima kejutan istimewa ketika hari lahir.

Sukar untuk digambarkan betapa gembira dan pada masa sama, rasa terharu dengan kasih sayang yang ditunjukkan oleh insan tersayang.

Menerusi video yang dimuat naik ke laman sosial Tiktok oleh seorang pengguna bernama Nurlin, gadis berkenaan berkongsi detik indah ketika hari lahirnya.

Kedua ibu bapa gadis itu membuat kejutan hari lahir buat permata hati mereka di dalam pesawat, dengan kerjasama pramugari yang bertugas, menurut laporan SinarPlus.

Gadis itu bersama kedua ibu bapanya sedang dalam perjalanan menuju ke Kota Bharu, Kelantan, dalam pesawat Air Asia.

Video yang dimuat naik gadis itu menarik perhatian ramai warga maya, lapor SinarPlus.

Menceritakan saat-saat indah itu, jelas Cik Nurlin, beliau mulanya rasa terkejut apabila tiba-tiba dipanggil oleh pramugari untuk pergi ke bahagian depan pesawat.

Gadis itu mengakui bahawa beliau berasa amat terharu apabila pramugari tersebut membuat pengumuman dan ucapan hari jadi daripada ibu ayahnya, lapor SinarPlus.

Pramugari tersebut juga turut mengajak kesemua penumpang untuk menyanyikan beramai-ramai lagu ‘selamat hari jadi’ buat dirinya.

Bahkan, Cik Nurlin turut menerima sejambak bunga dan kad ucapan hari lahir daripada para kakitangan penerbangan.

Sejurus menerima kejutan tersebut, gadis itu dengan segera memeluk ibu dan ayahnya.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan