Filipina bakal buka semula pusat peranginan di Pulau Boracay
Boracay, destinasi pelancongan pantai terkenal Filipina, akan dibuka semula untuk menjalani beberapa ujian terhad selama hampir enam bulan selepas ditutup untuk operasi pembersihan, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan para pegawai pelancongan Filipina.

(Gambar: Noel Celis/AFP)
MANILA: Boracay, destinasi pelancongan pantai terkenal Filipina, akan dibuka semula untuk menjalani beberapa ujian terhad selama hampir enam bulan selepas ditutup untuk operasi pembersihan, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan para pegawai pelancongan Filipina.
Setiausaha Pelancongan Filipina, Bernadette Romulo-Puyat, pada Isnin (15 Okt) berkata pulau itu akan mengadakan majlis prapelancaran pada 26 Oktober dan ia adalah fasa pertama.
"Fasa 2 pada April tahun depan manakala Fasa 3 ialah pada bulan Disember 2019," katanya sambil menambah bahawa "pemulihan penuh" pulau itu akan selesai pada Disember 2019.
Cik Puyat, bersama Setiausaha Alam Sekitar Filipina, Roy Cimatu; Setiausaha Kerja Raya, Mark Villar dan Pegawai yang bertanggungjawab bagi Kerajaan Tempatan, Eduardo Ano mengakui bahawa semasa majlis pembukaan semula pusat peranginan itu, masih ada kerja-kerja pembinaan dan membaiki jalan yang akan dapat dilihat.
Cik Puyat menambah, sejumlah 68 hotel dengan lebih 3,000 bilik boleh didapati semasa upacara pembukaan semula itu.
Premis yang tidak mematuhi peraturan akan terus ditutup sehingga semua syarat, termasuk fasiliti pembetungan, dipatuhi.
Pembaikan sistem itu menelan belanja lebih 1 bilion peso (S$25 juta), kata Cik Puyat.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.