Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Fiesta Belon Udara Panas Antarabangsa bermula di KL

Belon panas berwarna-warni memenuhi ruang udara Putrajaya hari ini (28 Mac) apabila Fiesta Belon Udara Panas Antabarabangsa kembali semula di Putrajaya selepas dua tahun diadakan di luar wilayah pentadbiran itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Fiesta Belon Udara Panas Antarabangsa bermula di KL

(Gambar: Kementerian Wilayah Persekutuan/Facebook)

Diterbitkan : 28 Mar 2019 02:29PM Dikemas Kini : 28 Mar 2019 02:32PM

PUTRAJAYA: Belon panas berwarna-warni memenuhi ruang udara Putrajaya hari ini (28 Mac) apabila Fiesta Belon Udara Panas Antabarabangsa kembali semula di Putrajaya selepas dua tahun diadakan di luar wilayah pentadbiran itu.

Fiesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya Ke-10 berlangsung di Presint 2 sehingga 31 Mac ini, membabitkan sebanyak 20 belon udara panas yang dikendalikan para juruterbang dari 14 buah negara.

Sebagai pembuka tirai, belon udara panas berwarna-warni yang mempunyai pelbagai bentuk termasuk badut, gajah, sotong dan beruang memenuhi ruang udara Putrajaya dinaiki oleh pengamal media awal pagi tadi (28 Mac).

Antara negara menyertai program itu ialah Sepanyol, Slovakia, Brazil, Australia, Jepun, Belgium, Amerika Syarikat, United Kingdom, Korea Selatan dan Taiwan.

Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj) Dr Aminuddin Hassim berkata lebih 200,000 pengunjung dijangka memeriahkan fiesta yang berjalan selama empat hari itu.

"Fiesta pada kali ini juga akan mengembalikan acara ‘night glow’ yang mana belon udara panas akan dinyalakan secara serentak mengikut iringan muzik dan pertunjukan bunga api," katanya.

Pelbagai aktiviti dianjurkan sempena fiesta belon itu dengan harga tiket bermula dari RM15 (S$5) hingga RM300 (S$100) mengikut jenis acara yang disediakan.

Tiket boleh dibeli secara dalam talian di https://www.myballoonfiesta.com. Tiket untuk menaiki belon udara panas bermula dari RM250 (S$83) bagi kanak-kanak dan RM100 (S$100) bagi golongan dewasa. 

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan