Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Fatpapas ditutup, Sheikh Haikel muncul dengan restoran stik baru

Anggaran Waktu Membaca:
Fatpapas ditutup, Sheikh Haikel muncul dengan restoran stik baru

Sheikh Haikel muncul dengan kedai stik baru, Lucky Luciano Steak House. (Gambar: Anna Belle Francis)

BERITAmediacorp: Selepas cawangan Fatpapas ditutup pada September 2021, pasangan usahawan penyanyi rap Sheikh Haikel dan Anna Belle Francis muncul dengan satu lagi restoran halal baru.

Lucky Luciano Steak House memberi tumpuan kepada stik halal yang bermutu, dengan hidangan sampingan dan sos pilihan pelanggan, jelas Anna Belle, berbanding Fatpapas yang lebih berkonsepkan burger.

"Terletak di The Concourse Skyline, ia jauh dari tempat yang sesak dan sesuai untuk menikmati hidangan stik bersama orang tersayang, rakan-rakan atau rakan sekerja.

lucky luciano
(Gambar: Lucky Luciano Steak House/Instagram)

"Kami berharap dapat mewujudkan ruang di mana orang ramai boleh datang untuk sama-sama meraikan hari istimewa mereka seperti sambutan hari lahir dan ulang tahun perkahwinan sambil menikmati sajian stik yang halal dan bermutu," kata Anna Belle.

DIILHAMKAN CAWANGAN STIK NEW YORK

Mendapat inspirasi daripada cawangan stik klasik dari New York, Lucky Luciano Steak House, yang turut diasaskan Bernie Tay, dibuka rasmi pada Isnin (6 Mac) dan menyediakan pelbagai hidangan menarik.

lucky luciano
(Gambar: Anna Belle Francis/Instagram)

Ini terdiri daripada 'Angus Prime Ribeye' dari Amerika Syarikat (AS), 'A5 Wagyu Striploin' Miyazaki, 'Lamb Rack Bone-In' dari Australia, 'Angus Prime Ribs' dari AS dan 'Chateaubriand' (Angus Tenderloin) dari AS.

Hidangan sampingannya pula termasuk bayam berkeju, puding Yorkshire serta sos seperti 'brown gravy' dan 'English Horseradish'.

JANGKAKAN LEBIH RAMAI PELANGGAN JELANG RAMADAN

Malah, menurut Anna Belle, pembukaan rasminya turut menerima 'sambutan baik', dengan sokongan dari pelanggan tetap Wakuwaku Yakiniku dan Fatpapas sebelum ini.

lucky luciano
(Gambar: Anna Belle Francis/Instagram)

"Kami menjangkakan lebih ramai lagi pelanggan yang datang sebelum bulan Ramadan ini.

"Semasa Ramadan, kami juga menerima tempahan untuk berbuka puasa," kongsinya lagi.

IMPIAN FATPAPAS KINI TERKUBUR?

Pasangan usahawan, yang masih meneruskan operasi restoran Jepun Wakuwaku Yakiniku di Bali Lane, bagaimanapun jelas masih mempunyai hasrat untuk menghidupkan semula jenama Fatpapas.

"Tiada apa yang dapat menggantikan Fatpapas. Kami masih mencari lokasi dan masa yang sesuai untuk menghidupkannya semula.

"Kerja-kerja binaan di Bali Lane adalah sebab mengapa kami terpaksa meninggalkan tempat itu, jadi kami masih mencari lokasi yang sempurna untuk membukanya semula.

"Semua orang masih bertanyakan tentang Fatpapas, jadi kami tahu ia sesuatu yang berharga bagi masyarakat Fatpapas. Jadi kami akan lebih berusaha untuk menjadikannya satu kenyataan sekali lagi," jelas Anna Belle.

Sumber : BERITA Mediacorp/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan