Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

FatPapas anjur pertandingan buat burger paling sedap; pemenang dapat burger percuma setahun!

Bayangkan anda dapat menikmati burger percuma bukan sekali, bukan dua kali. Tetapi setiap hari atau 365 kali dalam tempoh setahun!

Anggaran Waktu Membaca:
FatPapas anjur pertandingan buat burger paling sedap; pemenang dapat burger percuma setahun!

Burger. (Gambar-gambar: FatPapas/Instagram)

BERITAmediacorp: Bayangkan anda dapat menikmati burger percuma bukan sekali, bukan dua kali. Tetapi setiap hari atau 365 kali dalam tempoh setahun!

Ini bukan main-main. Ia boleh menjadi kenyataan sekiranya anda menang pertandingan 'Burger Battle 2018' yang dianjurkan oleh restoran FatPapas milik personaliti tempatan Sheikh Haikel.

Pertandingan itu bertujuan untuk mencari burger terbaik hasil ciptaan pelanggannya di lima cawangan restoran FatPapas - di Bali lane, Century Square, Northpoint, Waterway Point dan Lil’ Papas Far East Plaza.

Sejak cawangan pertama FatPapas dibuka awal tahun lalu, Sheikh Haikel sentiasa mengalu-alukan para pelanggannya untuk datang dan mencipta burger mereka sendiri, selain daripada menempah hidangan-hidangan yang sedia ada dalam menu.

"Para pelanggan kami amat kreatif dengan burger yang mereka hasilkan. Malah ada antaranya begitu lazat sehingga Haikel sendiri membuatnya untuk dimakan.

"Semua orang juga suka mengambil gambar burger mereka dan memuat naik gambarnya ke media sosial Jadi kami fikir mengapa tidak beri peluang untuk mereka memenangi sesuatu!," Naib Presiden Pemasaran FatPapas, Anna Belle Francis, yang juga isteri Sheikh Haikel.

Sebanyak tiga pusingan akan diadakan bermula Isnin depan (1 Okt). Pusingan pertama terbuka kepada sesiapa sahaja yang datang ke restoran FatPapas. Para pelanggan hanya perlu menempah 'Build-Your-Own-Burger' (Cipta Burger Sendiri) dari menu.

Mereka kemudian boleh menyertai pusingan kelayakan itu dengan memuat naik gambar burger yang sudah dihasilkan.

Seramai 15 pelanggan - lima dari setiap lima cawangan - yang gambar burgernya menerima 'likes' paling banyak akan dipanggil balik ke restoran FatPapas untuk ke pusingan kedua. Mereka kemudian boleh memilih untuk mencipta burger baru atau memperhebat burger yang pertama dan menamakan burger tersebut.

Kali ini, seorang peserta daripada setiap lima cawangan pula yang akan dipanggil balik bagi pusingan terakhir dan berentap menjuarai 'Burger Battle 2018'.

Apabila ditanya apakah ciri-ciri burger yang ada 'ooomph!', Anna Belle memberitahu BERITAmediacorp ia terletak pada bahan-bahannya.

"Ia mesti saling melengkapi antara satu sama lain dan bahagiannya perlu tepat. Anda akan tahu ia adalah burger yang bagus apabila anda terpanggil untuk segera menikmatinya!," kata beliau.

Anna Belle juga berkongsi tips buat mereka yang ingin menyertai pertandingan itu:

"Memang mudah untuk anda terbawa-bawa. Namun pastikan bahagian daging, sos dan bahan-bahan lain betul. Cuba untuk tidak membuatnya terlalu sarat kecuali anda betul-betul yakin yang kami akan berasa begitu takjub! Jangan lupa berikan nama yang sukar untuk dilupakan bagi burger anda."

Juara 'Burger Battle 2018' itu bakal menikmati satu burger percuma setiap hari di FatPapas sepanjang setahun. Ini bermakna, mereka mungkin makan sebanyak 365 burger percuma! Namun demikian, agak sukar membayangkan bahawa si pemenang akan makan burger hari-hari.

Selain itu, si pemenang juga akan menerima hadiah berupa peralatan dapur MUM5 Bosch dan burger mereka juga boleh dicuba oleh para pelanggan lain sepanjang sebulan apabila ia ditampilkan sebagai 'Burger of The Month' (Burger Bulan Ini).

BERITAmediacorp juga diberitahu mungkin juga terdapat peluang untuk burger tersebut dijadikan hidangan tetap dalam menu FatPapas.

Dalam pada itu para peserta lain juga tidak akan pulang dengan tangan kosong kerana FatPapas turut menyediakan hadiah sagu hati buat mereka.

"Kami berharap untuk mengenali masyarakat FatPapas dengan lebih dekat dan mengajurkan kempen-kempen yang boleh menyatukan semua kakitangan dan pelanggan dari semua cawangan. Ia juga cabaran dari cawangan ke cawangan dengan kakitangan serta cef mesti bekerjasama dengan para pelanggan untuk mencipta satu 'Burger Juara'," ujar Anna Belle. 

Sumber : BERITA Mediacorp/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan