Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Famous Amos di SG kini ada sijil halal MUIS

Anggaran Waktu Membaca:
Famous Amos di SG kini ada sijil halal MUIS

Gambar: Instagram/famousamoussg

Diterbitkan : 15 Nov 2022 10:05PM Dikemas Kini : 15 Nov 2022 10:05PM
SINGAPURA: Biskut Famous Amos kini sudah menerima sijil halal di Singapura.

Dalam satu hantaran Instagram pada Selasa (15 Nov) Famous Amos mengumumkan bahawa kesemua 17 cawangannya di Singapura sudah menerima sijil halal daripada Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS).
Famous Amous menyatakan di lamannya bahawa sebelum menerima sijil halal MUIS, bahan-bahan untuk membuat biskut mereka itu disahkan halal oleh Majlis Makanan dan Pemakanan Islam Amerika (IFANCA).

"Dengan sijil halal MUIS, Famous Amos ingin memberikan pelanggan keyakinan untuk membeli biskut dan memakan produk yang lain untuk diri sendiri ataupun sebagai hadiah kepada rakan-rakan dan keluarga," tambah mereka.

Berikut adalah 17 cawangan Famous Amos di Singapura:

Parkway Parade
NEX
Toa Payoh HDB Hub
City Square Mall
Tampines Mall
Plaza Singapura
One Raffles Place
Cineleisure
Compass One
Wisma Atria
White Sands
AMK Hub
Great World
Northpoint City
JEM
Causeway Point
Jurong Point
Sumber : Agensi berita/FA/fa

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa