Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Evolusi taman permainan dipamerkan di Muzium Negara sehingga September

Satu pameran yang menyusuri taman-taman permainan di negara ini dahulu, sekarang dan pada masa akan datang sedang berlangsung di Muzium Negara.

Anggaran Waktu Membaca:
Evolusi taman permainan dipamerkan di Muzium Negara sehingga September

(Gambar: Muzum Negara Singapura/Lembaga Warisan Negara)

Diterbitkan : 20 Apr 2018 08:21PM Dikemas Kini : 20 Apr 2018 08:24PM

SINGAPURA: Satu pameran yang menyusuri taman-taman permainan di negara ini dahulu, sekarang dan pada masa akan datang sedang berlangsung di Muzium Negara.

Dilancarkan siang tadi (19 Apr) oleh Menteri Pembangunan Negara Lawrence Wong, pameran itu menampilkan taman-taman permainan sepanjang lebih satu abad mulai 1930-an. Ini termasuk pelan asli taman-taman permainan mozek ikonik oleh pereka taman permainan pertama HDB.

Para pengunjung juga, tidak kira tua atau muda, boleh mencuba sendiri bahan-bahan pamerannya seperti bermain pasir dan piramid tali. Selain itu mereka boleh membayangkan taman permainan pada masa depan dengan menciptanya sendiri di alam maya.

Muzium Negara melibatkan hampir 120 pihak untuk mengadakan pameran tersebut termasuk keluarga dan pemain industri. Pameran percuma itu berlangsung sehingga akhir September.

Menteri Lawrence Wong berkata taman permainan akan terus mengalami perubahan mengikut peredaran masa.

Menurut beliau dalam tahap selanjutnya taman-taman permainan di sini akan mempunyai reka bentuk lebih baik serta meningkatkan pengalaman bagi kanak-kanak.

Para penduduk akan lebih dilibatkan dalam membuat rekaan taman-taman permainan. 

Sumber : CNA/NU/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan