Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

ePustaka: Legasi ‘Hanya Inuka yang Satu’ hidup dalam ingatan

Inuka, si beruang kutub terkenal Taman Haiwan Singapura, hanya tinggal kenangan kini.

Anggaran Waktu Membaca:

BERITAmediacorp: Inuka, si beruang kutub terkenal Taman Haiwan Singapura, hanya tinggal kenangan kini.

Namun legasinya hidup dalam ingatan ramai pengunjung yang teruja melihat kelincahannya bermain di kawasan pameran Tundra Beku di Taman Haiwan itu!

Dilahirkan di Taman Haiwan Singapura pada 26 Disember 1990, Inuka amat istimewa berbanding anak beruang lain kerana ia merupakan yang pertama dilahirkan di kawasan tropika!

Kelahiran beruang kutub ini begitu bererti sehinggakan menarik 10,000 penyertaan dalam satu peraduan anjuran Taman Haiwan Singapura. Akhirnya, nama Inuka menjadi pilihan. Ia membawa makna “Pemburu Senyap” dalam bahasa Inuit.

Buku pengetahuan bergambar ini merakamkan secara ringkas tentang kehidupan Inuka dan kepentingannya dalam sejarah taman haiwan kita buat tatapan golongan kanak-kanak.

Di dalamnya turut terakam kegiatan seharian, pemakanan dan habitat kehidupan Inuka. Buku ini turut berkongsi secara mudah dan ringkas perihal haiwan-haiwan lain yang menghuni taman haiwan ini bersama dengan Inuka.

Golongan dewasa boleh menjadikannya sebagai rujukan kenangan tatkala menziarahi taman haiwan pada suatu masa dahulu. Selain itu, mereka dapat membantu menarik minat kanak-kanak untuk meneroka alam haiwan dengan berkunjung ke sana.

Aspek bahasa buku ini juga bermanfaat untuk membangunkan pengayaan kosa kata kanak-kanak. Contohnya, penggunaan kata kerja yang pelbagai bagi menerangkan gerakan haiwan seperti berayun, mengibas, melompat, menyelinap dan mencepuk pasti mengujakan pembelajaran bahasa pembaca.

Nikmatilah buku ini dengan meminjamnya dalam bentuk digital menerusi laman NLB Overdrive mahupun fizikal daripada perpustakaan awam kami.

Dapatkanlah maklumat lanjut tentang tajuk ini di laman katalog NLB https://catalogue.nlb.gov.sg

Tajuk: Hanya Inuka yang Satu
Penulis: Alan John
Penerbit: Singapore: Straits Times Press, [2020]
Nombor Panggilan: nlb.overdrive/media/6318182 (e-buku) atau
JSING Malay 599.786095957 JOH (buku fizikal)
Pengulas: Herman Rothman, Pustakawan, NLB

Sumber : BERITA Mediacorp/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan