Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Elak trend bawa bayi ke pawagam, doktor kongsi kesannya kepada kesihatan bayi

Anggaran Waktu Membaca:
Elak trend bawa bayi ke pawagam, doktor kongsi kesannya kepada kesihatan bayi

Gambar Hiasan: Pexels

Diterbitkan : 02 Jul 2022 08:37PM Dikemas Kini : 02 Jul 2022 09:04PM
KUALA LUMPUR: Membawa bayi ke pawagam seolah-olah menjadi trend masa kini.

Sesetengah ibu bapa sanggup membawa anak yang masih kecil seawal usia di bawah enam bulan masuk ke pawagam tanpa memikirkan risiko yang bakal berlaku kepada kesihatan bayi, lapor Astro Awani menukil rencana daripada Majalah Pa&Ma.

Menerusi perkongsian doktor yang popular di media sosial, Dr Ahmad Firdaus Mohd Haris, beliau mendedahkan beberapa risiko yang bakal berlaku kepada bayi di bawah usia dua tahun jika dibawa ke pawagam.

Sebelum bawa bayi kecil menonton filem di panggung wayang fikir dulu. Ada banyak faktor yang menyebabkan ia tidak berapa sesuai.

1. BUNYI DIUKUR MELALUI NILAI DECIBEL (dB)

Secara amnya, decibel yang selamat untuk pendengaran adalah 85 dB ke bawah. Lebih daripada itu dianggap tidak selamat jika terdedah secara berterusan. Ini untuk dewasa.

Jikalau untuk bayi, pendedahan kepada bunyi yang kuat secara berterusan boleh menyebabkan kerosakan, kata beliau seperti dinukil Astro AWANI.

2. SUHU DI PAWAGAM

Suhu di pawagam biasanya sangat sejuk; orang yang mempunyai selaput lemak yang tinggi pun boleh rasa kesejukannya. Inikan pula bayi yang kecil.

Jika terdedah kepada suhu rendah terlalu lama, ia akan akibatkan hipotermia.

3. PAWAGAM ADALAH TEMPAT YANG TERTUTUP

Bayi pula tidak boleh mengenakan pelitup muka akibat risiko sesak nafas.

Bayi akan terdedah kepada risiko jangkitan kuman bawaan udara (airborne) dengan lebih mudah, tamabh beliau dalam rencana yang dilaporkan Astro AWANI.

4. SEBABKAN KEADAAN YANG KURANG MENYENANGKAN

Bayangkan anda sedang seronok menonton filem dan bayi anda menangis sekuat hati.

Penonton yang lain akan rasa kurang senang.Akhirnya anda akan rasa rugi sekiranya anda beli tiket mahal-mahal.

Jadi, janganlah bawa bayi atau kanak-kanak yang tidak faham cerita “heavy” di pawagam. Bergilirlah tonton di pawagam ataupun dapatkan khidmat penjaga.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan