Skip to main content

Gaya Hidup

Elak tabiat suka makan lewat malam

Anggaran Waktu Membaca:

MALAYSIA: Ramai antara kita yang lazimnya makan malam pada lewat malam kerana sibuk melaksanakan tanggungjawab kerja atau di rumah. 

Namun, menurut perkongsian Kementerian Kesihatan Malaysia di Instagram baru-baru ini, tabiat makan lewat malam berpotensi memudaratkan kesihatan. 

Ia boleh membebankan sistem penghadaman dan tenaga yang diperolehi daripada makanan yang tidak digunakan akan bertukar menjadi lemak. 

Lantaran itu, ia boleh meningkatkan risiko obesiti dan juga masalah-masalah kesihatan lain. 

Orang ramai dinasihatkan bahawa waktu yang sesuai untuk makan malam adalah antara pukul 6.00 petang hingga pukul 8.00 malam ataupun tiga atau empat jam sebelum waktu tidur. 

Selain itu, amalkan pengambilan makanan mengikut waktu yang teratur setiap hari bagi menjamin fungsi tubuh yang optimum. 

Sumber : BERITA Mediacorp/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita