Elak simpan, kumpul barang terpakai di rumah bertahun lamanya jika tidak diguna lagi
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar hiasan: Pexels
SINGAPURA: Rasa sayang nak buang barang lama yang masih lagi disimpan di dalam stor, kabinet atau almari? Pernah tak anda melalui dilema atau pengalaman sedemikian semasa mengemas rumah.
Ada yang mungkin juga tidak pasti mengapa barang-barang lama yang tidak lagi digunakan ini masih lagi terperuk di sesebuah sudut.
Tapi, apa yang tidak disedari ramai inilah toksin yang akan membelenggu diri kita di dalam rumah sendiri. Ada dalam kalangan kita yang gemar mengumpul barang terpakai tertentu dan simpan lama tanpa digunakan sehingga bertahun lama. Ini disebabkan mereka mungkin mempunyai nilai sentimental tersendiri untuk menyimpan barang-barang ini yang sangat bermakna bagi mereka.
Lantas, mereka tidak mahu membuangnya kerana ‘sayang’ dan ingin menjadikannya sebagai kenangan. Namun, apa yang tidak disedari ramai ada sesetengah barang yang sudah usang atau terlampau lama yang disimpan ini akan menjadi toksin di dalam rumah.

Di samping itu, barang-barang lama ini juga bukan sahaja akan mengisi ruang yang ada, ia juga akan dilekat habuk. Oleh itu, apa kata anda luangkan sedikit masa pada musim cuti akhir tahun ini untuk mengemas semula ruang dan sudut di mana anda simpan atau meletakkan pelbagai barangan yang tidak digunakan lagi.
Cubalah singkirkan benda-benda yang tidak lagi perlu atau tidak berfungsi. Ucapkan selamat tinggal demi untuk kesejahteraan yang lebih baik untuk hari-hari yang mendatang. Jom! Bersihkan segala toksin yang ada di dalam rumah.
8 BENDA YANG BOLEH JADI TOKSIN

- Tumbuhan pokok yang sudah kering dan mati.
- Bahan bacaan lama seperti majalah, surat khabar selain resit-resit dan kertas yang sudah bertukar warna.
- Kasut disimpan lama yang sudah koyak atau rosak.
- Benda-benda dan perkakas yang sudah lama tidak digunakan dan dibiarkan begitu sahaja.
- Pakaian yang disimpan dan tidak digunakan lagi hingga bertukar warna.
- Nota-nota lama dan kad yang sudah tidak mempunyai fungsi.
- Benda dan objek yang tidak digunakan lagi.
- Permainan atau alat-alat yang sudah rosak dan tidak berfungsi.

Jika anda keliru atau kurang pasti sama ada ingin buang atau simpan sesebuah barang, tanyalah soalan ini pada diri sendiri mengapa anda perlu simpan barang itu? Adakah ia masih berguna dan sampai bila anda ingin menyimpannya.
Percayalah dengan membuang barang yang sudah usang dan rosak atau mendermakannya jika ia masih berfungsi, kesihatan mental anda juga akan bertambah baik. Selain itu ruang dalam kediaman anda juga akan tampil lebih selesa, bersih dan nampak luas. Malah ia juga akan membuat hubungan sesama keluarga lebih baik dan sekaligus membantu untuk tingkatkan lagi mood dan keceriaan di dalam rumah.
CARA MENGEMAS
Terlalu banyak benda yang disimpan lama hingga buntu fikiran tidak tahu mana ingin dimulakan. Tidak sukar, cuba dapatkan pertolongan ahli keluarga untuk bekerjasama. Menurut kajian, jika anda dapat membersihkan segala toksin di dalam rumah, secara tidak langsung ia juga dapat tingkatkan lagi mutu kesihatan selain meluaskan kreativiti, memperbaiki mood dan sekaligus mengeratkan lagi hubungan antara anggota keluarga.
Anda boleh mulakan dengan almari dan laci-laci. Asingkan barang mengikut kategori seperti benda-benda yang ingin dibuang, disusun atau dikitar semula, didermakan, dijual dan sebagainya. Selain itu, cuba latih diri untuk membuang barang yang sudah rosak dan tidak berfungsi lagi. Kehadirannya hanya akan mengisi ruang.

Sebagai permulaan anda boleh melakukan pembersihan secara am dengan menggunakan kotak untuk susun semula. Kemudian tanya pada diri sendiri mengapa anda masih perlu simpan barang itu dan adakah anda akan menggunakannya serta sampai bila anda ingin menyimpannya.
Pada masa yang sama, semasa mengemas dan membersihkan rumah cuba letakkan ketertiban pada hati dan fikiran. Pasti ada diantara kita yang terlalu sentimental untuk buang dan berpisah dengan barang-barang yang tidak lagi digunakan.

Jadi tunggu apa lagi? Jika terdapat masa pada hujung minggu ini, bolehlah mula mengemas semula benda-benda yang ada di dalam rumah dan bilik stor, buang benda yang rosak dan kumpulkan benda-benda yang tidak lagi digunakan untuk dikitar semula.
Kemudian lihat sendiri perubahan disekeliling rumah anda. Pastinya lebih teratur dan kemas. Malah, emosi dan kesihatan diri juga pasti akan menjadi bertambah baik.

Sumber : BERITA Mediacorp/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.