Elak makan berlebihan semasa bercuti
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Pexels)
SINGAPURA: Bahang musim cuti hujung tahun sudah dapat dirasakan. Pasti ramai yang sudah membuat pelbagai rancangan dan tempahan untuk bercuti ke destinasi pilihan pada musim cuti hujung tahun ini bersama seisi keluarga.
Selalunya apabila sedang seronok bercuti di luar negara, pastinya ramai yang akan terlepas pandang soal diet. Biasalah sedang seronok berlibur, apabila nampak pelbagai sajian unik dan menyelerakan pasti semua pun hendak dicuba.
Inilah lumrah bila berada di negara asing, rasanya sukar untuk sekat atau elak daripada mencuba pelbagai makanan. Lebih-lebih lagi bagi yang tidak cerewet dan gemar untuk mencuba pelbagai makanan.
Apa pun yang dinikmati, penting untuk memastikan diet yang sihat disamping menjaga kesihatan agar berat badan tidak naik secara mendadak semasa bercuti.
Menurut kajian, kebanyakan makanan dan hidangan yang dinikmati semasa bercuti selalunya mengandungi kalori yang tinggi, kurang nutrien dan vitamin yang diperlukan oleh tubuh kita.

Agar diet dan pemakanan anda kekal sihat semasa bercuti, semuanya terletak pada diri anda sendiri. Cara yang mudah adalah dengan mencuba untuk menghindari makanan yang terlampau manis dan kurang sihat selain elak daripada makan dalam jumlah yang berlebihan.
Penting untuk mulakan hari anda dengan bersarapan sajian yang diperkaya dengan protein. Satu kajian mendapati sarapan yang kaya dengan protein ternyata dapat memastikan perut rasa kenyang sehingga tengah hari.
Anda juga digalakkan untuk menikmati kudapan seperti tairu Greek asli selain keju tanpa lemak yang boleh digandingkan dengan buah-buahan dan snek yang diperkaya dengan protein sebelum memulakan kegiatan harian anda, tidak kira destinasi yang dikunjungi.

HADKAN KARBOHIDRAT, LEMAK PROSES
Walaupun sedang seronok bercuti anda masih boleh menikmati sajian yang berprotein dalam setiap hidangan. Sajian yang diperkaya dengan protein adalah seperti daging lembu, telur, ayam selain kekacang yang dapat membekalkan khasiat vitamin B, vitamin E, zat besi selain magnesium.
Malah protein juga merupakan bahan binaan asas bagi otot, kulit, tulang, darah dan tisu. Lantas, semasa ingin menjamuselera buatlah pilihan yang bijak. Ianya tidak sukar, andahanya perlu cuba untuk mengurangkan makanan yang mempunyai karbohidrat dan lemak proses.
Pada masa yang sama, anda juga boleh menambah protein sambil mengurangkan kalori kosong. Dengan demikian anda akan dapat manfaat melalui nutrien tambahan yang diperlukan oleh tubuh kita.
Cara ini didapati boleh membuat anda lebih mudah rasa kenyang. Secara tidak langsung, ia juga dapat membantu untuk mengurangkan tabiat pemakanan yang berlebihan selain pilihan yang kurang sihat.
Anda juga digalakkan untuk tidak mengambil terlalu banyak manisan atau sajian yang kurang sihat semasa percutian dan cuba kurangkan karbohidrat serta lemak tenusu.
Menurut kajian, cara ini dikatakan dapat membuat perut berasa lebih kenyang dan sekaligus membantu anda untuk mengelak daripada makan berlebihan selain menikmati cemilan yang kurang sihat.

KESIHATAN PERUT
Selalunya apabila kita sedang seronok bercuti, perut pun sama ‘bercuti’ kerana ramai di antara kita yang akan makanmengikut selera tanpa berpantang atau berfikir dua kali.
Lebih-lebih lagi jika terdapat aneka pilihan sajian halal yang tradisinya berbeza-beza. Ramai yang tidak mahu terlepas peluang untuk mencubanya.
Bagi yang mempunyai perut sensitif penting untuk mengawasi diet anda sepanjang percutian. Jika tersalah pilih makanan atau kurang bernasib baik, pelbagai bakteria juga boleh ikut terbawa akibat salah makan atau pemakanan yang sudah tercemar.

Jika berlakunya sedemikan, ia boleh menjejas kesihatan selain mood percutian anda dan bertukar menjadi sesuatu yang tidak menyeronokkan semasa bercuti. Oleh itu, tidak kira destinasi percutian anda, pastikan untuk membawa ubat-ubatan sebagai persediaan.
Pada masa yang sama, apa sahaja yang dinikmati sepanjang percutian, pastikan untuk tidak menikmatinya secara berlebihan. Selain itu, pengambilan air yang mencukupi juga merupakan sesuatu yang sangat penting lebih-lebih lagi apabila anda banyak bergerak. Tapi, cuba elak untuk minum terlalu banyak air manis tidak kira di mana anda berada!

Sumber : BERITA Mediacorp/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.