Elak gaya semberono bila ke majlis kahwin, ini tip bergaya ringkas & kemas untuk jejaka
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Setibanya akhir tahun, musim majlis perkahwinan semakin rancak. Pasti ada yang sudah pun menerima kad undangan untuk majlis pernikahan dan persandingan saudara mara, rakan-rakan, jiran tetangga atau kenalan lama. Kadangkala, dalam satu hujung minggu sahaja ada lebih daripada satu jemputan yang perlu dihadiri.
Namun, memenuhi jemputan ke majlis perkahwinan bukan sekadar hadir dan menjamu selera. Ia sebenarnya adalah satu adab sosial dan amalan yang sangat digalakkan dalam budaya kita. Kehadiran tetamu melambangkan penghargaan dan sokongan kepada pasangan mempelai serta keluarga mereka. Selain menjaga perlakuan, cara anda berpakaian turut memainkan peranan penting.
Pakaian bukan sekadar penutup tubuh, ia juga merupakan cerminan peribadi, kesopanan dan rasa hormat terhadap suasana majlis. Walaupun sering kali wanita dilihat lebih menitikberatkan gaya dan penampilan, jejaka juga perlu memberi perhatian gaya yang serupa. Mereka digalakkan untuk mengenakan pakaian yang sesuai dengan tempat, masa dan tema.
Gaya yang tepat bukan sahaja akan membuat anda kelihatan lebih segak, malah menunjukkan peka tentang adab menghadiri sesebuah majlis. Bagi jejaka yang sedang memikirkan pakaian apa yang ingin digayakan untuk menghadiri majlis pada hujung minggu ini, berikut antara tip dan etika berpakaian yang boleh dijadikan sebagai panduan.
5 PILIHAN GAYA UNTUK KE MAJLIS
Kemeja

Inilah antaran pilihan yang tidak pernah menghampakan. Selesa, versatil dan sesuai untuk hampir semua jenis majlis, tidak kira lokasi sama ada di dewan, rumah mahupun hotel. Kemeja polos atau bercorak halus mampu memberikan aura matang dan kemas. Untuk majlis pada waktu siang, warna lembut seperti biru muda, beige atau putih gading adalah pilihan yang selamat.
Untuk majlis malam pula, lebih sesuai dengan kemeja rona gelap seperti biru navy, kelabu arang atau hijau zamrud. Untuk gaya yang lebih santai, lipatkan bahagian lengan kemeja ke paras siku. Penting untuk memastikan kemeja tidak terlalu ketat atau terlalu longgar. Kemeja gedoboh atau yang sendat boleh merosakkan keseluruhan penampilan. Lengkapkan gaya dengan seluar panjang rona gelap dan kasut pilihan.
Batik

Ia bukan terhad untuk acara rasmi sahaja. Kini, batik moden dengan rekaan minimalis menjadi pilihan ramai jejaka kerana ia mudah digayakan dan sesuai untuk pelbagai majlis. Untuk acara malam, batik berlengan panjang menggunakan fabrik lembut atau kapas berkualiti memberi imej matang dan eksklusif.
Untuk majlis siang hari pula, batik berlengan pendek memberikan gaya santai. Pilih corak yang tidak terlalu sarat dan pastikan kombinasi warna serasi dengan tona kulit bagi menonjolkan penampilan yang lebih menyerlah. Padankan dengan seluar panjang pilihan.
Baju Melayu

Pilihan gaya paling ikonik dan tidak pernah lapuk dek zaman. Baju Melayu sesuai dipakai ke majlis formal, santai mahupun majlis bertema. Potongan cekak musang atau teluk belanga, kedua-duanya mencerminkan tradisi yang penuh sopan dan beradab.
Namun, pilihlah warna yang sesuai. Elak memakai rona putih kerana ia sinonim dengan busana pengantin lelaki. Untuk siang hari, tona pastel seperti biru lembut, kelabu muda atau hijau pucuk pisang adalah lebih selamat. Sementara itu, warna gelap seperti hitam, maroon atau biru memberikan gaya lebih elegan untuk jemputan malam.
Untuk keselesaan, pilih fabrik seperti kapas atau linen supaya anda tidak berpeluh berlebihan dalam cuaca panas. Selain itu, pastikan pakaian diseterika rapi. Pakaian yang berkedut boleh mencacatkan gaya walaupun fabriknya mahal!
Kurta

Kurta adalah pilihan yang dapat memberi keselesaan maksima, terutamanya bagi majlis di kawasan luar atau pada waktu siang. Potongannya moden dan longgar, manakala rekaan ada yang polos dan juga bercorak halus.
Pastikan saiz kurta tidak terlalu panjang atau terlalu sendat. Warna juga memainkan peranan, cuba elakkan warna yang terlalu terang atau garang kerana ia boleh menarik perhatian. Padankan kurta dengan seluar rona khaki dan kasut selain sandal kulit.
Blazer

Jika majlis diadakan di hotel atau lokasi eksklusif, blazer atau jaket merupakan pilihan tepat terutama untuk jamuan makan malam. Ia memberikan imej formal dan bergaya. Anda boleh memilih untuk memakai kemeja bersama tali leher atau bow tie jika ingin tampil lebih sofistikated. Penting juga untuk memilih potongan blazer dan jaket yang terletak kemas pada bahu dan dada. Padankan dengan seluar panjang serta kasut kulit hitam atau coklat gelap.
PILIH GAYA IKUT USIA
PILIH GAYA IKUT USIA
Biasanya jejaka berusia 20an dan 30an tahun lebih berani mencuba trend moden seperti blazer kasual, kemeja pastel atau kurta potongan pendek, manakala mereka yang berusia 40an dan 50an tahun pula lebih selesa dengan warna klasik seperti biru gelap atau kelabu dan burgundy selain kemeja batik atau blazer ringkas. Pilihan mereka cenderung kepada gaya yang lebih matang tetapi masih mengekalkan elemen gaya yang kemas dan sesuai dengan personaliti masing-masing.
Bagi golongan warga emas pula, gaya tradisional seperti baju Melayu atau batik sering menjadi pilihan kerana keselesaan dan kesesuaiannya dengan majlis. Namun, tidak kira apa sahaja yang menjadi pilihan, pakaian tidak perlu mahal atau berjenama.
Yang penting pakaian bersih, sopan dan sesuai dengan acara dan suasana, kerana penampilan yang kemas akan memberi kesan positif dan sekaligus menunjukkan rasa hormat terhadap tuan rumah serta pasangan pengantin.
AKSESORI SAMPINGAN

Selain pakaian yang tepat, aksesori ringkas juga dapat membantu untuk melengkapkan penampilan jejaka dengan gaya minimalis. Antaranya: -
•Kasut
Kasut yang bersih dan sesuai dengan jenis majlis adalah elemen utama dalam penampilan. Pilihan seperti loafers, brogues atau sneakers minimalis sangat sesuai untuk majlis kasual dan menambah sentuhan gaya yang segar.
•Cincin
Bagi yang gemar bergaya, pemakaian aksesori ringkas seperti cincin atau gelang kulit sudah mencukupi untuk menyerlahkan karakter tanpa kelihatan sarat.
•Jam tangan
Pilihan klasik dengan tali kulit atau logam merupakan pelengkap gaya yang versatil untuk kebanyakan acara. Elakkan jam sukan yang terlalu santai kecuali majlis benar-benar kasual dan tidak formal.
•Minyak wangi
Wangian yang lembut dan tidak menusuk hidung mampu memberikan aura positif sepanjang majlis. Untuk acara siang, bauan fresh, woody atau sitrus adalah pilihan terbaik. Manakala, untuk majlis malam, wangian dengan nota amber dan oud antaranya dapat memberikan kesan elegan.

Apa juga pilihan gaya atau aksesori anda, yakinlah bahawa penampilan yang kemas bukan sahaja menggambarkan personaliti anda, tapi juga menunjukkan rasa hormat kepada tuan rumah dan pasangan pengantin. Akhir sekali, bawalah senyuman dan keceriaan untuk memeriahkan lagi majlis!
Sumber : BERITA Mediacorp/AW/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.