Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Elak bau mulut, sembelit antara 5 kebaikan minum air lemon

Lazimnya, segelas kopi adalah minuman wajib bagi kebanyakan orang untuk memulakan hari, namun sudah tiba masanya anda menukar tabiat itu dan beralih dengan meminum air lemon pada waktu pagi.

Anggaran Waktu Membaca:
Elak bau mulut, sembelit antara 5 kebaikan minum air lemon

Gambar hiasan.

Diterbitkan : 26 Nov 2019 09:35PM Dikemas Kini : 26 Nov 2019 09:40PM

KUALA LUMPUR: Lazimnya, segelas kopi adalah minuman wajib bagi kebanyakan orang untuk memulakan hari, namun sudah tiba masanya anda menukar tabiat itu dan beralih dengan meminum air lemon pada waktu pagi.

Banyak manfaat minum air lemon terutamanya pada waktu pagi termasuk mengelakkan dehidrasi, menjaga kesihatan kulit serta mengurangkan risiko pelbagai penyakit berbahaya.

Tapi bagi mendapatkan khasiatnya secara maksimum, anda disarankan supaya meminum air dari perahan lemon itu sendiri dan bukan daripada sumber lain.

Caranya cukup mudah, perah jusnya dan campurkan dengan air suam atau sejuk.

Bagi mengurangkan rasa masam, anda boleh tambah beberapa bahan lain seperti madu, kayu manis, daun pudina dan sebagainya.

Berikut adalah manfaat jika mengamalkan minum air lemon pada waktu pagi:

1. Mengelakkan dehidrasi

Ramai daripada kita 'liat' minum air putih pada waktu pagi - jadi apa kata campurkan jus lemon sebagai penambah rasa.

Ia bukan sahaja enak, ia juga boleh membantu anda minum air kosong dengan lebih banyak, sekaligus membuatkan tubuh anda tidak mengalami dehidrasi.

2. Meremajakan kulit

Kandungan vitamin C di dalam lemon dapat meningkatkan pengeluaran kolagen dalam badan malah ia mampu melindungi kulit anda daripada rosak akibat pancaran matahari.

3. Mengatasi masalah bau mulut

Pada waktu pagi, biasanya mulut akan mengeluarkan bau kurang enak. Bagi mengatasinya minum air lemon pada waktu pagi.

Air lemon dapat merangsang produksi air liur sehingga masalah bau mulut hilang.

4. Melancarkan fungsi pencernaan

Meminum air lemon suam dapat menjadi ubat bagi mencegah masalah sembelit. Asid yang terkandung di dalamnya dapat membantu tubuh untuk mencernakan makanan dengan lebih baik.

5. Mencegah pembentukan batu karang
Ini mungkin ramai tidak tahu bahawa air lemon dapat mencegah pembentukan batu karang. Ini kerana kandungan asid sitrat di dalamnya mampu menghalang pembentukan batu karang.

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan