Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Elak 5 perkara ini selepas bersenam

Anggaran Waktu Membaca:
Elak 5 perkara ini selepas bersenam

(Gambar: Victor Freitas/Pexels)

KUALA LUMPUR: Ramai di antara kita melakukan senaman setiap hari. 

Walaupun sibuk bersekolah atau bekerja, kita mesti mencari masa untuk bersenam. 

Seperti biasa, melakukan senaman akan membuatkan badan berasa lebih segar dan semestinya berpeluh dengan banyak. 

Meskipun anda selesai melakukan rutin, terdapat beberapa perkara yang perlu anda elak apabila selesai bersenam menurut portal Maskulin. 

Ini kerana jika anda melakukannya, ia akan mensia-siakan sahaja senaman yang baru anda lakukan. 

SAMBUNG BUAT RUTIN BERAT

Mungkin sesetengah orang tidak sedar akan had tubuh badan sendiri dan melakukan senaman yang lebih berat sebaik sahaja habis melakukan rutin biasa. 

Tahukah anda, melakukan senaman melebihi had kemampuan fizikal hanya akan mendatangkan kecederaan yang teruk? 

ENGGAN MAKAN 

Anda sudah kehilangan banyak tenaga dan kalori selepas bersenam. 

Jangan disebabkan anda sudah habis bersenam pula anda enggan makan kerana kononnya tidak mahu berat badan naik... 

Tubuh anda memerlukan tenaga gantian yang baik. 

Paling penting, anda harus minum banyak air sekurang-kurangnya dalam tempoh setengah jam selepas bersenam.

TIDAK LAKUKAN 'WARM DOWN' 

Sebelum melakukan senaman, sudah pasti anda akan melakukan 'warm up' atau latihan persediaan bukan?

Begitu juga apabila sudah habis melakukan rutin. Anda perlu melakukan 'warm down' atau latihan untuk menenangkan degupan jantung bagi membantu badan melalui proses pemulihan dan aliran darah dengan baik. 

Jangan pula selepas melakukan rutin senaman anda terus duduk di atas kerusi sahaja... 

TIDAK TUKAR BAJU & MANDI

Pakaian senaman direka khas untuk membuatkan badan berpeluh dengan baik; ia juga boleh menyerap peluh dengan baik. 

Namun, pakaian senaman juga menyimpan banyak bakteria yang boleh memberikan kesan tidak baik kepada kulit. 

Oleh itu, pastikan anda tidak berlengah dan terus mandi dan tukar pakaian baru. 

Bukan sahaja baju, malah pakaian dalam, stoking dan juga seluar perlu ditukar. 

MAKAN SNEK

Bagaikan menuang air ke daun keladi. Apa yang diusahakan hanya akan jadi sia-sia jika anda tidak pandai menjaga makan. 

Snek ataupun makanan tidak berkhasiat dan juga minuman berkarbonat mempunyai kandungan gula yang tinggi. 

Sebaliknya, pilihlah snek lebih sihat seperti lobak merah kecil atau snek semula jadi. 

Sumber : Sumber Web/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan