Durian Mao Shan Wang dijual semurah S$9/kg; ketahui cara kenali gred premium agar tidak tertipu
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar-gambar: Famous Durian, Durian Baby melalui TODAY)
SINGAPURA: Musim durian kembali dan hasil tanaman luar biasa banyaknya di Malaysia, harga bagi Mao Shan Wang (MSW) - iaitu antara jenis premium raja buah itu - merosot.
Beberapa penjual buah, seperti Ho Jiak Durian di Jurong East, menawarkan durian pada harga serendah S$9 sekilogram. Gerai Famous Durian di Yishun pula baru-baru ini mula memberikan secara percuma "MSW kecil" kepada warga emas. Ia biasanya menjual durian bersaiz kecil pada harga S$5 sebiji.
Para pencinta durian pasti tahu bahawa membeli raja buah sangat rumit kerana anda perlu melihat sendiri jika anda sememangnya akan mendapat mutu yang baik sekalipun setelah membayar 'harga runtuh'.
Sebaliknya, sesetengah penjual tidak jujur mungkin cuba menyamarkan jenis durian bermutu lebih rendah sebagai MSW. Jenis premium MSW lazimnya dijual pada harga mengikut grednya.
Gerai durian yang tidak asing di Ghim Moh, Ah Seng Durian, berkongsi satu panduan berguna tentang cara bagaimana untuk mengenal pasti gred berbeza-beza MSW.
3 GRED MAO SHAN WANG
Tiga gred utama untuk MSW adalah A, B dan C.
Ini ditentukan berdasarkan penampilan fizikal durian seperti bentuk, berat dan hasil tuaiannya.
Durian MSW terbaik dengan gred yang paling tinggi lazimnya datang dari Pahang, yang terkenal dengan dusun durian jenis premium itu.
Gred A: Gred terbaik MSW, khusus untuk durian dengan berat sekurang-kurangnya 1 kilogram (kg).
Bentuk MSW ini biasanya cantik bulat dan ia mempunyai hasil buah antara 20 hingga 25 peratus. Ini bermakna sebiji durian 2kg akan mempunyai isi sebanyak 400 gram (g) hingga 500g. Buat masa ini, harga purata Gred A MSW adalah antara S$20 hingga S$26 setiap kilogram.
Gred B: Peringkat kedua Mao Shan Wang yang diberi gelaran "small cat" atau "B cat" oleh para penjual durian kerana setiap biji durian mencatat berat kurang daripada 1kg.
Ia mempunyai bentuk yang tidak sekata dengan sekam tebal. Ia juga diberikan Gred B kerana hasil buahnya lebih rendah berbanding Gred A, dengan purata empat ulas setiap durian. Namun, isinya lebih tebal dengan rasa lebih pekat kerana hasil tuaian lebih rendah.
Meskipun Ah Seng tidak menyatakan harga untuk MSW Gred B, kecuali ia "lazimnya 20 hingga 30 peratus lebih rendah daripada Gred A", penjual Durian Baby mendedahkan jenis "small cat" dijual sekitar S$10 hingga S$15 setiap kilogram.
Gred C: Menurut Ah Seng, MSW Gred C "jarang-jarang sekali dibawa masuk ke Singapura, setakat yang kami tahu". Alasannya adalah kerana durian gred ini biasanya dalam keadaan yang menyedihkan, "sama ada teruk diserang cacing atau digigit haiwan liar". Maka itu, ia biasanya dijual pada harga borong.
Menurut anggaran Durian Baby, ia dijual sekitar S$8 hingga S$12 setiap kilogram.

Sumber : Today/FZ/fz
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.