Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Durian dan mi segera gergasi antara paparan menarik warnai kawasan kejiranan SG

Anggaran Waktu Membaca:
Durian dan mi segera gergasi antara paparan menarik warnai kawasan kejiranan SG

(Gambar: People’s Association – PAssionArts)

Diterbitkan : 19 Dec 2024 12:15AM Dikemas Kini : 31 Dec 2024 12:07AM
SINGAPURA: Persatuan Rakyat (PA) baru-baru ini menampilkan edisi pertama dalam siri terbaharu paparan gergasi bertemakan makanan yang dinamakan Giant Delight.

Tepat dengan namanya, Giant Delight memaparkan paparan gergasi yang menampilkan kacang putih, mi segera, durian dan banyak lagi di beberapa kawasan kejiranan di merata Singapura.

Diterajui oleh Kelab Masyarakat Seni & Budaya (CACC), paparan ini dihasilkan bersama oleh para penduduk, artis tempatan, pelajar dan kanak-kanak - diilhamkan daripada warisan kaya makanan Singapura.

Daripada tujuh paparan yang dirancangkan bagi Giant Delight, empat sudahpun disiapkan setakat ini.

'STRINGS AND SPIKES' OLEH ADMIRALTY CACC
'BLISS-CUITS AND INSTANT DOPA-MEE' OLEH PASIR RIS CENTRAL CACC
'GIANT BITES OF NOSTALGIA' OLEH BUKIT BATOK EAST CACC
'COLOURFUL DELIGHTS! THAT'S THE LIMBANG VIBES' OLEH LIMBANG CACC
Baki tiga paparan bagi edisi pertama Giant Delight akan didedahkan di Cheng San-Seletar, Fernvale dan Telok Blangah.

Edisi seterusnya dijadualkan pada 2025.

Beberapa paparan terpilih daripada koleksi itu akan dipamerkan di PAssionArts Steet semasa Chingay 2025 dari 7 hingga 8 Februari.

Tan Swee Leng, pengarah bahagian seni & budaya PA, berkata: "Makanan adalah nadi yang menghubungkan kami sebagai rakyat Singapura, dan dengan Giant Delight, kami mahu mengambil minat bersama ini terhadap makanan, membesarkan saiznya, dan mengubahnya menjadi sesuatu yang menarik secara visual yang menyatukan penduduk.

"Sangat menggembirakan untuk melihat bagaimana CACC telah menerima peluang ini untuk berinovasi dan mengubah bentuk struktur kayu menjadi pemasangan 3D yang luar biasa yang meraikan warisan masakan kami dan mempamerkan kreativiti penduduk mereka di kawasan kejiranan."

Cik Tan menambah: "Giant Delight adalah bukti bahawa kawasan kejiranan kita penuh dengan kreativiti dan imaginasi, dan apabila kita bekerjasama, kita boleh mengubah perkara biasa setiap hari menjadi sesuatu yang benar-benar luar biasa."
Sumber : CNA/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan