Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Drama Mediacorp Lightspeed dicalonkan bagi Anugerah Kanak-Kanak Emmy Antarabangsa

Anggaran Waktu Membaca:
Drama Mediacorp Lightspeed dicalonkan bagi Anugerah Kanak-Kanak Emmy Antarabangsa

Drama Lightspeed. (Gambar: Mediacorp)

SINGAPURA: Sebuah siri drama kanak-kanak Mediacorp, Lightspeed, menerima pencalonan bagi Anugerah Emmy 2022.

Diterbitkan oleh Oak3 Films, drama itu mengisahkan empat rakan sekolah yang sedang berlatih bagi sukan yang diberi nama "Saber Combat".

Lightspeed turut dicalonkan bagi kategori aksi atau "Live Action" di bawah Anugerah Kanak-Kanak Emmy Antarabangsa, yang juga merupakan anugerah berasingan, khususnya bagi program antarabangsa untuk kanak-kanak.

Para pemenang akan diumumkan pada 21 November semasa Anugerah Emmy Antarabangsa yang bakal diadakan di bandar New York.

Sehubungan itu, Mediacorp juga merangkul empat kemenangan di Anugerah w3, yang diadakan pada Isnin (3 Okt).

Rancangan penstriman interaktif yang berunsurkan beli-belah dan hiburan, The Wonder Shop, memenangi emas bagi Ciri Pemasaran - Kategori Pengalaman Pengguna Terbaik dan satu lagi perak bagi Ciri Pemasaran - Kategori Pengalaman Maya Terbaik.

8world Entertainment Lifestyle pula meraih dua perak bagi kategori-kategori Laman Umum - Hiburan dan Kandungan & Pemasaran Sosial - Seni & Hiburan.

Anugerah w3 adalah pertandingan tahunan bagi kandungan digital terbaik - laman web, video, podcast, pemasaran dan banyak lagi - dari pencipta, pereka dan agensi-agensi interaktif di seluruh dunia.

Dianjurkan oleh Akademi Seni Interaktif dan Visual, Anugerah w3 meraikan kecemerlangan digital dengan mengiktiraf laman web, pemasaran, video, laman dan aplikasi mudah alih, laman sosial dan podcast yang dicipta oleh agensi-agensi, pereka-pereka dan pencipta-pencipta interaktif terbaik dari merata dunia.
Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan