Skip to main content

Gaya Hidup

Dr Faishal usul ibu bapa rancang jadual harian bagi diri sendiri dan anak-anak

 Ibu bapa perlu merangka jadual harian untuk diri mereka sendiri dan juga anak-anak mereka.

Anggaran Waktu Membaca:
Dr Faishal usul ibu bapa rancang jadual harian bagi diri sendiri dan anak-anak

Menteri Negara MHA & MND, Dr Faishal Ibrahim. (Gambar fail)

SINGAPURA: Ibu bapa perlu merangka jadual harian untuk diri mereka sendiri dan juga anak-anak mereka.

Dengan merancang jadual lebih awal, mereka akan dapat memberikan perhatian yang lebih tertumpu kepada pembangunan anak-anak mereka.

Pada masa yang sama, ia akan dapat membantu para ibu bapa untuk mengimbangi tuntutan bekerja dari rumah sedang anak-anak mereka memulakan hari pertama cuti sekolah pertengahan tahun pada Isnin (4 Mei).

Setiausaha Parlimen Kanan Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Pendidikan Dr Muhammad Faishal Ibrahim mengongsi tips tersebut melalui catatan Facebooknya pada Selasa (5 Mei).

Dalam catatannya itu, Dr Faishal berkata beliau bersimpati dengan sesetengah ibu bapa yang berasa tertekan menjaga anak-anak mereka di rumah semasa cuti sekolah sewaktu 'circuit breaker' masih dikuatkuasakan di merata negara.

Ini dilakukan sambil memberikan tumpuan kepada tugas masing-masing, khususnya bagi para ibu bapa yang bekerja dari rumah sepanjang tempoh pemutus rantaian jangkitan COVID-19.

Menurut Dr Faishal: "Memiliki jadual akan membantu semua orang untuk fokus terhadap perkara yang betul, pada masa yang sesuai.

"Ia adalah tempoh yang mencabar bagi kita semua, tetapi saya ingin menggalak para ibu bapa supaya jangan berputus asa dan menggunakan masa ini untuk menikmati kehidupan berkeluarga dan memupuk hubungan lebih erat bersama anak-anak."

Sumber : BERITA Mediacorp/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita