Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Dr Faishal jamin WGS akan sokong idea-idea bernas yang manfaatkan bakat-bakat setempat

Anggota Parlimen yang bertanggungjawab ke atas Wisma Geylang Serai (WGS), Dr Faishal Ibrahim, hari ini (6 Dis), memberi jaminan bahawa WGS akan sentiasa menyokong idea-idea bernas yang mendatangkan manfaat kepada bakat-bakat setempat.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Anggota Parlimen yang bertanggungjawab ke atas Wisma Geylang Serai (WGS), Dr Faishal Ibrahim, hari ini (6 Dis), memberi jaminan bahawa WGS akan sentiasa menyokong idea-idea bernas yang mendatangkan manfaat kepada bakat-bakat setempat.

Beliau berkongsi demikian semasa menghadiri peraduan Suara Wisma Geylang Serai 2.0, yang bertemakan Persada Aspirasi Kita, petang tadi (6 Dis).

24 BAKAT BERADU SUARA DI WGS

Irama, lagu dan suara cukup merdu 24 peserta peraduan Suara Wisma Geylang Serai 2.0, menyelubungi Wisma Geylang Serai petang tadi.

Manakan tidak, mereka mempertaruhkan segenap perasaan dalam nyanyian mereka dengan harapan melangkah ke peringkat akhir.

Namun, pada akhirnya hanya 10 peserta yang terpilih untuk pusingan peringkat akhir yang akan diadakan pada 24 Januari tahun depan, sempena ulang tahun WGS ke-2.

Kesemua 10 peserta finalis akan menerima latihan peribadi serta mendapat peluang untuk membuat persembahan di acara-acara WGS dalam masa setahun selepas peraduan berakhir.

10 Finalis itu ialah:

  1. Danial Baharin
  2. Sarah Adriana
  3. Noor Ashikin
  4. Nadia Dean
  5. Syah Riszuan
  6. Muhd Amir
  7. Muhd Fairus
  8. Shai Othman
  9. Sarah Syazlina
  10. Zul Nor Farahin
(Gambar: Facebook/WGS)

(Gambar: Facebook/WGS)

Pemenang bagi peraduan itu juga akan membawa pulang hadiah berjumlah S$5,000 nanti, manakala pemenang tempat kedua akan pulang dengan hadiah berjumlah $3,000, dan $1,000 bagi pemenang tempat ketiga. 

Turut hadir memberi sokongannya ialah Dr Faishal Ibrahim, yang juga Menteri Negara Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara.

"Kita menyediakannya sebagai satu platform dan memberi ruang untuk bakat-bakat setempat ini untuk membangun. Ini adalah satu acara yang baik bagi saya kerana setelah kita membangunkan WGS, ia adalah tempat sivik dan budaya untuk masyarakat kita," kata beliau.

Pada masa pandemik COVID-19 kini, Dr Faishal berkata beliau memahami bahawa anak-anak seni menghadapi pelabagai cabaran. Lantaran itulah, pihak WGS serta pemerintah sentiasa memberi informasi dan menyalurkan maklum balas bagi mereka.  

Sumber : BERITA Mediacorp/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan