Doktor UK temui cara atasi masalah kegemukan
Masalah obesiti atau kegemukan mungkin boleh diatasi tanpa memerlukan seseorang untuk bersenam dan mengikuti diet pemakanan.

(Gambar: Unsplash)
LONDON: Masalah obesiti atau kegemukan mungkin boleh diatasi tanpa memerlukan seseorang untuk bersenam dan mengikuti diet pemakanan.
Ini setelah seorang doktor dari Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan United Kingdom (NHS) berkata beliau menemui cara untuk melemahkan hormon ghrelin yang juga dikenali sebagai 'hormon lapar' dalam tubuh manusia.
Hormon itu dapat dilemahkan dengan menghentikan bekalan darah ke bahagian perut.
Satu uji kaji sedang dijalankan yang diketuai oleh seorang doktor pakar dalam masalah kegemukan, Dr Ahmed R. Ahmed di Hospital St Mary di Paddington, London.
Menurut Dr Ahmed, kos ujian itu melibatkan perbelanjaan sebanyak £1,500 (S$2,724).
Ia juga jauh lebih murah berbanding dengan pembedahan untuk membuang lemak dari badan.
Meskipun begitu, para pesakit perlu menjalani pembedahan kecil pada pergelangan tangan dan memasukkan wayar berongga ke dalam saluran darah bagi menghentikan nafsu untuk makan secara berlebihan.
Menurut Dr Ahmed, para pesakit boleh keluar hospital dalam tempoh dua jam setelah menjalani pembedahan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.