Doktor kongsi cara buat ubat batuk alternatif guna 2 bahan sahaja
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: iStock)
KUALA LUMPUR: Sejak kebelakangan ini, ramai orang mengalami penyakit batuk-batuk.
Jika anak anda masih kecil, ibu bapa pasti risau hendak membeli ubat batuk di pasaran bukan?
Kalau anda ingin membuat ubat batuk sendiri juga boleh. Ayuh ikuti perkongsian daripada doktor ini.
Selamat mencuba!
Pernahkah anda lihat kesan pengambilan ubat batuk kepada otak anda?
Semasa Perunding Kanan Malaysia Brain Academy, Dr Rizal Abu Bakar, bekerja di Melbourne dahulu, beliau pernah melihat kesan-kesannya kepada otak. Gerun beliau melihatnya, lapor Astro AWANI menukil rencana daripada Pa&Ma.
Semenjak itu, beliau tidak lagi memakan ubat batuk dan tidak memberikan ubat itu kepada anak-anaknya. Malah beliau menjauhkan diri daripada ubat itu.
Jika beliau batuk, Dr Rizal sebaliknya menggunakan alternatif yang lain dengan mencari ubat yang ada kesan yang berbeza kepada otak, lapor Astro AWANI.
Beliau sudah mencari alternatif tersebut sekian lama. Pelbagai jurnal perubatan dan buku yang sudah ditelaah. Macam-macam orang ditanya. Akhirnya berjumpa juga.
Dr Rizal Abu Bakar mula membuat petua alternatif berikut apabila anak-anaknya mengalami batuk-batuk, lapor Astro AWANI.
Caranya mudah, lantas dikongsikan seperti berikut.

CARANYA IALAH:
1. Ambil sebiji bawang Holland atau Bombay. Potong kepada dua bahagian. Guna satu bahagian sahaja.
2. Leraikan ulas bawang tersebut.
3. Campurkan madu satu atau dua sudu mengikut kadar yang kita mahu.
4. Gaulkan sehingga rata.
5. Tutup dan biarkan selama satu atau dua jam.
6. Bawang tadi akan mengeluarkan jus yang secara automatik bercampur dengan madu.
Kalau cuaca panas, jus akan keluar dengan lebih cepat berbanding cuaca sejuk.
7. Ambil satu sudu dan minum. Rasanya macam ubat batuk. Tujuannya adalah untuk mengeluarkan kahak.
Natijahnya tiada kesan buruk pada otak.
Yang menariknya petua ini boleh mengeluarkan kahak dengan mudah. Bolehlah anda cuba.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.