Diet air putih, cara mudah untuk turunkan berat badan
Proses menurunkan berat badan merupakan sesuatu yang memerlukan disiplin dan azam yang kuat. Menyekat permakanan dan mengubah diet sememangnya bukan sesuatu yang mudah.
(Gambar: Merdeka.com)
JAKARTA: Proses menurunkan berat badan merupakan sesuatu yang memerlukan disiplin dan azam yang kuat. Menyekat permakanan dan mengubah diet sememangnya bukan sesuatu yang mudah.
Bagaimanapun, ada cara untuk mempermudahkan proses menurunkan berat badan anda - minum air putih saja! Berikut adalah cara anda minum air putih:
1. Sarapan
Sarapan merupakan waktu makan yang tidak boleh dilewatkan. Untuk sarapan pagi, minumlah segelas air putih. Kemudian makan sebanyak mungkin buah-buahan yang mengandungi banyak air.
Makan siang
Minum segelas besar air putih sebelum anda makan dan makan banyak sayuran. Anda juga boleh minum air limau, teh tawar atau teh herbal selepas anda habis makan.
3. Snek
Setiap individu pastinya gemar makan snek atau cemil-cemilan. Demikian adalah salah satu sebab anda mengalami kesukaran menurunkan berat badan. Oleh itu, apabila anda teringin memakan snek, sebaliknya cuba minum beberapa gelas air dan makan buah-buahan.
4. Makan malam
Sebelum anda makan malam, anda digalak minum segelas air. Pastikan makan daging ayam atau ikan dan sebiji telur rebus bersama dengan sayuran. Dan akhiri dengan segelas teh herba.
Diet memang adalah proses yang payah bagi mereka yang tidak biasa. Namun dengan kesungguhan, ia tetap boleh dilakukan dengan mudah.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.