Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Diet air putih, cara mudah untuk turunkan berat badan

Proses menurunkan berat badan merupakan sesuatu yang memerlukan banyak disiplin dan azam yang kuat. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diet air putih, cara mudah untuk turunkan berat badan

Gambar hiasan. (Gambar: Signor Plaban Gogoi/Facebook)

Diterbitkan : 20 May 2019 10:20PM Dikemas Kini : 20 May 2019 10:24PM

JAKARTA: Proses menurunkan berat badan merupakan sesuatu yang memerlukan banyak disiplin dan azam yang kuat. Sememangnya bukanlah perkara yang mudah untuk menyekat pemakanan dan mengubah diet anda.

Bagaimanapun, terdapat cara yang lebih mudah untuk mempercepatkan proses menurunkan berat badan anda. Ini adalah dengan minum air putih saja!

Air putih bukan hanya sifar kalori, tetapi juga membuat anda kenyang dan membantu melancarkan metabolisme

Namun, tahukah anda ternyata minum air putih untuk menurunkan berat badan juga ada waktu-waktu terbaiknya?

Berikut waktu terbaik minum air putih untuk kesihatan:

Bangun Tidur

Masa terbaik adalah sebaik sahaja bangun dari tidur. Segelas air pada waktu pagi membantu badan untuk bangun dan bergerak. Di samping itu, kehadiran air membantu tubuh menolak radikal bebas dan sisa-sisa dari kalori yang dibakar untuk metabolisme badan dalam sekelip mata.

Sebelum makan

Minum segelas air putih sebelum anda makan. Ini akan membantu anda berasa lebih kenyang dan jumlah makanan yang masuk ke dalam badan akan kurang. Banyakkan juga makan sayur. Sesudah makan, jangan lupa juga untuk kembali minum air putih atau juga minum air limau, teh tawar atau teh herba.

Sebelum makan cemilan

Setiap individu pastinya gemar makan snek atau cemil-cemilan. Ia adalah salah satu sebab anda sukar menurunkan berat badan. Oleh itu, jika anda teringin makan snek, cuba minum air putih dulu. Ia membantu akan merasa kenyang.

Sebelum & sesudah bersukan

Air putih mampu melancarkan sistem pencernaan. Sebelum sukan anda dinasihatkan untuk minum air terlebih dahulu. Ini akan membantu tubuh terhidrasi dengan baik dan peredarannya lebih terjaga dan lancar. Selepas bersenam, anda dinasihatkan minum banyak air. Ini bertujuan untuk menggantikan cecair badan yang hilang.

Diet memang proses yang payah bagi mereka yang tidak biasa. Namun dengan kesungguhan, diet tetap boleh dilakukan secara mudah. 

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan