Di sebalik sinar Deepavali dan keenakan sajian tradisional
Anggaran Waktu Membaca:
Sajian yang dihidangkan sempena Deepavali dan keluarga yang meraikannya. (Gambar: Pexels)
SINGAPURA: Menjelang perayaan Deepavali yang bakal diraikan pada hari Isnin (20 Okt), suasana pasti terasa semakin meriah pada hujung minggu, terutamanya bagi mereka yang meraikannya. Rakan-rakan dan jiran yang berbangsa India pastinya sedang sibuk membuat pelbagai persiapan terakhir pada hujung minggu ini.
Seperti mana-mana perayaan utama yang lain, Deepavali bukan sekadar tentang pakaian baharu, dekorasi cantik atau kunjungan mesra. Ia turut diraikan dengan pelbagai hidangan tradisional yang bukan sahaja menyelerakan, malah sarat dengan nilai budaya, sejarah dan simbolik tersendiri. Setiap sajian bukan hanya mengisi perut, tetapi turut dapat menyatukan anggota keluarga dan masyarakat melalui rasa, warna dan aroma yang memikat.
Deepavali turut dikenali sebagai Diwali atau Divali. Ia merupakan perayaan penting bagi penganut agama Hindu di seluruh dunia dan diraikan secara besar-besaran oleh masyarakat India.
Malah, perayaan ini turut disambut bersama secara tidak langsung oleh rakan-rakan dan jiran tetangga dari pelbagai kaum, sebagai tanda perpaduan. Perkataan Deepavali berasal daripada gabungan dua perkataan Sanskrit, iaitu dipa yang bermaksud ‘cahaya’ dan avali yang bermaksud ‘barisan’.

Secara ringkas, Deepavali membawa erti ‘barisan cahaya’, merujuk kepada pelita yang dinyalakan sebagai simbol kemenangan cahaya ke atas kegelapan, kebaikan ke atas kejahatan dan ilmu ke atas kejahilan.
Salah satu kisah yang sering dikaitkan dengan sambutan ini ialah kepulangan Maharaja Rama bersama isterinya, Sita dan adiknya, Lakshman ke Ayodhya selepas mengharungi kehidupan dalam buangan selama 14 tahun dan berjaya mengalahkan Raja zalim, Ravana.
Penduduk kampung menyambut mereka dengan menyalakan barisan pelita, sekaligus menjadi asal-usul tradisi pencahayaan dalam Deepavali.
SAJIAN TRADISIONAL WAJIB ADA
Perayaan Deepavali juga sering dikaitkan dengan pelbagai sajian warna-warni yang menyelerakan. Antaranya, kuih-muih rangup hinggalah beraneka hidangan berempah.
Bukan sekadar makanan, setiap hidangan juga membawa cerita tentang asal usul, budaya dan warisan turun-temurun.
Kehadiran makanan dalam sambutan ini memainkan peranan penting sebagai jambatan perpaduan. Selain kunjungan antara keluarga dan saudara mara, masyarakat India juga sangat berbesar hati untuk meraikan perayaan Deepavali bersama jiran tetangga dan rakan-rakan berbangsa lain untuk menikmati jamuan di rumah mereka.
Tradisi ini secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi hubungan antara kaum dan mewujudkan semangat saling menghormati budaya masing-masing.
Berikut antara 12 jenis hidangan tradisional masyarakat India yang mesti ada dan sering dihidangkan sempena perayaan Deepavali. Apa yang menarik, setiap sajiannya turut digemari oleh ramai dari pelbagai latar belakang:-
1. Tosai
Sajian yang tidak asing lagi. Ia merupakan sejenis lempeng nipis yang diperbuat daripada adunan beras dan dhal yang ditapai. Enak dimakan bersama pelbagai jenis kari dan chutney. Walaupun popular sepanjang tahun, ia tetap menjadi antara sajian utama ketika Deepavali.
2. Putu Mayam
Mi halus berasaskan tepung beras ini biasanya dimakan bersama kelapa parut segar dan gula melaka. Rasanya lemak dan manis, sangat sesuai untuk sarapan ringan atau minum petang.
3. Vadai

Vadai merupakan kuih goreng yang diperbuat daripada kacang dhal atau kacang urad dhal. Ia rangup di luar, lembut di dalam dan sering dinikmati dengan chutney kelapa.
4. Uttapam
4. Uttapam
Seakan pankek versi India, uttapam mempunyai tekstur lebih tebal daripada tosai dan dihiasi dengan bawang, tomato atau cili hijau. Ia dihidangkan sebagai sarapan atau hidangan ringan.
5. Murukku
Kuih rangup ini mungkin paling sinonim dengan Deepavali. Diperbuat daripada tepung beras dan rempah ratus, murukku digoreng hingga keemasan dan menjadi kudapan wajib di setiap rumah semasa perayaan.
6. Panipuri

Hidangan ini berbentuk bebola rangup kecil yang diisi dengan campuran kentang, kacang, bawang dan kuah manis-pedas. Ia amat popular di India dan kini turut mendapat tempat dalam kalangan ramai.
7. Laddu
7. Laddu
Manisan ini berbentuk bulat dan diperbuat daripada tepung, lemak sapi dan gula. Rasanya lemak manis dan biasanya dihidangkan dalam majlis perayaan atau keagamaan.
8. Idli
8. Idli
Sejenis kuih kukus yang lembut, diperbuat daripada adunan nasi dan vigna mungo yang ditapai. Vigna mungo adalah sejenis kacang yang sering digunakan dalam masakan India, seperti hidangan idli, vadai dan lain-lain. Enak disajikan bersama sambar atau chutney dan sesuai dinikmati pada waktu pagi.
9. Nasi Daun Pisang
9. Nasi Daun Pisang
Nasi yang dihidangkan di atas daun pisang ini menampilkan pelbagai lauk seperti kari ikan, kari daging, sayur berkuah, jeruk dan papadom. Ia bukan sahaja lazat, malah mencerminkan keaslian budaya India Selatan.
10. Ayam Varuval
Ayam varuval dimasak kering dengan pelbagai rempah seperti serbuk ketumbar, lada kering dan daun kari. Tanpa santan, namun rasanya sangat pekat dan pedas, menjadikannya kegemaran ramai.
11. Rasam

Sup berempah ini menggunakan campuran asam jawa, lada hitam, cili dan rempah lain. Ia dikatakan dapat membantu penghadaman dan sesuai untuk mereka yang kurang sihat.
12. Teh Masala
12. Teh Masala
Minuman ini terkenal kerana keunikan rasanya yang kaya dengan rempah. Dibancuh bersama susu, teh hitam dan rempah seperti kayu manis, halia, buah pelaga dan cengkih, teh masala memberikan kehangatan dan keselesaan, terutama selepas menikmati makanan berat.
RASA YANG MENYATUKAN
Ternyata perayaan Deepavali bukan sekadar tentang cahaya semata-mata. Ia juga tentang menghargai warisan, mengeratkan hubungan sesama keluarga dan rakan sambil menikmati makanan tradisional yang enak bersama-sama.
Dari cahaya pelita yang menerangi rumah hinggalah ke juadah lazat yang menghiasi meja, semuanya menggambarkan keindahan dan kekayaan budaya masyarakat India. Melalui sambutan ini, kita bukan sahaja dididik untuk menghormati tradisi kaum lain, malah turut menikmati keindahan dan kelazatan sajian yang dibawa bersama.

Sumber : BERITA Mediacorp/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.