Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Demi kesihatan anda, jangan 'terlalu sayang' untuk tukar bantal kepala

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Sekadar bertanya, bila kali terakhir anda tukar bantal lama dengan yang baru?

Tahukah anda, bantal pun ada tempoh luput?

Kebiasaannya, tempoh luput bantal adalah dua bulan.

Namun, ia juga bergantung kepada beberapa ciri fizikal yang lain, lapor Astro AWANI yang menukil rencana dari Impiana.

KENAPA PERLU TUKAR BANTAL?

Anda mungkin tidak sedar.

Sebenarnya, bantal antara penyumbang utama kepada kualiti kesihatan anda.

Memandangkan ia digunakan setiap hari, ia harus sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan bebas kotoran. Ia penting bagi memastikan anda mendapat tidur yang berkualiti dan selesa.

Oleh itu, jika anda menukar bantal secara rutin ia berupaya memastikan bantal anda sentiasa bersih dan terhindar dari menjadi tempat pembiakan bakteria yang boleh menjadi penyebab kepada masalah kesihatan kelak.

Selain bersih, postur bantal juga penting. Jika fizikal bentuk bantal mula berubah, ia akan memberi tekanan kepada tubuh.

Secara tidak langsung, badan anda akan menjadi tidak selesa dan bukan sahaja menjadi punca kepada gangguan kesihatan, malah kualiti tidur juga.

Selain itu, jika bantal anda mempunyai lima faktor ini, ia harus diganti walaupun baru sahaja dibeli:

1. Setiap kali bila bangun tidur anda mengalami sakit leher, kekejangan otot di bahagian bahu dan mengalami kesukaran tidur lena kerana sakit kepala.

2. Tiba-tiba terdapat alahan yang berulang-ulang seperti mata berair, hidung dan tekak gatal, ruam panas dan sebagainya.

3. Jika warna bantal yang putih bertukar menjadi kekuningan atau berbintik hitam di permukaannya akibat kesan peluh, air liur, habuk dan sebagainya.

4. Apabila bentuk bantal berubah dan bau hapak yang tidak hilang walaupun selepas mencucinya.

5. Jika tiba-tiba muka, leher atau badan anda naik jerawat padahal sebelum ini anda jarang atau tidak pernah mengalami masalah jerawat.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan