Decathlon Singapore lanjutkan Circular Bazaar; lebih banyak tawaran tukar beli basikal
Decathlon Singapore melanjutkan acara Circular Bazaar untuk satu lagi hujung minggu menyusuli sambutan menggalakkan pada edisi yang berlangsung minggu lalu, menurut peruncit barangan sukan itu pada Rabu (8 Jul).
Edisi keempat Decathlon Circular Bazaar diadakan di Decathlon Singapore Lab di Kallang dan Decathlon Northshore Plaza di Punggol. (Gambar: Decathlon Singapore)
Bazar basikal terpakai itu akan kembali pada 11 dan 12 Julai di lokasi yang sama, iaitu Decathlon Singapore Lab di Kallang dan Northshore Plaza di Punggol.
Lanjutan itu turut menawarkan tawaran tukar beli yang dipertingkat. Dari 8 hingga 12 Julai, para pelanggan yang menukar beli basikal dewasa Decathlon akan menerima tambahan 20 peratus daripada nilai beli balik standard, naik daripada bonus 10 peratus yang ditawarkan semasa acara hujung minggu lalu.
Para pelanggan yang menukar beli basikal kanak-kanak Decathlon pula akan menerima tambahan 10 peratus daripada nilai beli balik.
Decathlon Singapore Lab juga akan menerima tukar beli basikal berbingkai karbon bagi para pelanggan yang membeli basikal baharu Van Rysel.
Para pengunjung juga boleh mendapatkan basikal terpakai daripada jenama-jenama rakan kongsi Decathlon, termasuk Unspokin, Bike Buddy, Cycle Dome dan Certify Cycle.
Para pelanggan juga masih berpeluang untuk memenangi barangan serta tiket ke Tour de France Prudential Singapore Criterium, yang akan berlangsung pada 7 dan 8 November.
Edisi pertama Circular Bazaar, yang diadakan pada 4 dan 5 Julai, menarik kira-kira 20,000 pengunjung ke Decathlon Singapore Lab dan 13,000 pengunjung ke cawangannya di Northshore Plaza.
Menurut Decathlon Singapore, lebih 900 basikal dibeli semula sepanjang tiga minggu lalu, dengan 680 daripadanya dikumpulkan di dua lokasi Circular Bazaar tersebut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.