Skip to main content

Gaya Hidup

Daun limau purut boleh hilangkan keletihan badan

Anggaran Waktu Membaca:
Daun limau purut boleh hilangkan keletihan badan

(Gambar: Sumber web)

Diterbitkan : 29 Aug 2022 08:17PM

KUALA LUMPUR: Seharian sibuk bekerja pastinya badan rasa lemah dan letih. Mesti apabila sampai sahaja di rumah terus ingin tidur. 

Namun, apa kata, sebelum anda tidur anda mandi dahulu dengan air daun limau purut? Menurut petikan portal Keluarga, ini boleh membuat badan anda berasa lebih segar dan mengurangkan rasa letih selepas sehari bekerja. 

Cara penyediaannya sangat mudah. 

Ikut langkah-langkah berikut: 
1. Ambil 10 helai daun limau purut dan hiriskan halus-halus
2. Ambil 5 biji buah limau purut, potong menjadi 4
3. Masukkan kedua-dua bahan tadi ke dalam satu baldi air suam
4. Ramaskan daun limau purut & perah buah limau purut untuk mengeluarkan airnya
5. Gunakan air tadi sebagai bilasan terakhir semasa mandi
6. Ratakan ke seluruh badan, terutamanya kepala & rambut
7. Air mandian ini akan membuang toksin yang terkumpul dalam badan anda

Daun limau purut berbau harum dan bau ini membantu melegakan keletihan. 

Daun dan buah limau purut ini juga membantu pembuangan toksin dari badan dengan baik, menurut portal Keluarga.

Limau purut juga bertindak sebagai anti bakteria penghalang bau badan.

Semoga bermanfaat!

Sumber : Sumber Web/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita