Dambakan kulit bersih, cantik dan bebas cela tanpa perlu solekan? 14 cara ini yang dapat bantu!
Gambar: Pexels
Pada zaman ini bukan wanita sahaja yang prihatin tentang kulit muka, ramai juga kaum adam yang turut peka tentang penjagaan kulit.
Ia merupakan sesuatu yang penting dan tidak mustahil jika ada yang sanggup berhabisan ratusan hingga ribuan dolar demi untuk merawat kulit. Tidak kira lah sama ada untuk melabur dalam produk-produk kecantikan berjenama atau melalui pelbagai rawatan kulit dengan membeli pakej-pakej rawatan kecantikan.
Selain itu, ramai juga yang sanggup menghabiskan masa berjam-jam lamanya di depan cermin bukan sahaja untuk bersolek, tetapi untuk membelek kulit selain membelainya agar segala cela dapat disembunyikan atau diatasi segera.
Berikut kami kongsikan tip-tip mudah untuk memastikan kecantikan kulit terpelihara dan kekal bersinar secara semula jadi.
14 CARA KULIT KEKAL SIHAT
1. Rutin konsisten
Penting untuk kenali jenis kulit anda dan amalkan penjagaan secara rutin seperti membersihkan dan mencuci kulit muka serta menggunakan toner dan pelembap. Jika dilakukan secara konsisten setiap pagi dan malam, anda pasti akan dapat melihat keberkesanannya dan peningkatan yang jelas pada kulit.
Melakukan pengelupasan didapati dapat menyerlahkan dan membantu kulit tampil berseri. Pengelupasan ringan dapat menanggalkan liang pori yang tersumbat, jeragat, jerawat selain bintik hitam. Pada masa yang sama, ia juga dapat membantu serum dan pelembap yang digunakan untuk menyerap dengan lebih baik ke dalam kulit.
3. Skrub
Penting untuk memilih skrub yang lembut menepati jenis kulit atau anda juga boleh membuat skrub sendiri. Anda boleh gunakan bahan seperti kelapa atau kopi dan lakukan pengelupasan dua kali seminggu. Hasilnya, kulit lebih segar dan menyerlah bersih.
4. Bahan asli
Tidak semua yang serasi dengan produk kecantikan di pasaran. Bahan yang digunakan dalam sesebuah produk merupakan sesuatu yang penting terutama bagi kulit sensitif. Kulit kita dapat menyerap anggaran 60 peratus daripada bahan yang digunakan.
Oleh itu, penting untuk membuat penyelidikan tentang ramuan produk penjagaan kulit yang digunakan. Elakkan daripada produk yang mengandungi paraben, sulfat selain petrokimia yang boleh menjadi punca kulit rosak, kering dan sebagainya. Menggunakan produk bahan asli pastinya merupakan pilihan yang terbaik.
5. Krim lindung kulit
Ramai yang ambil lewa tentang penggunaan krim tabir suria secara rutin. Jika tanya pakar kecantikan, jawapannya adalah ia merupakan sesuatu yang wajib dalam rutin kecantikan seharian. Tahukah anda UVA, UVB dan UVC sinar matahari merupakan punca utama penuaan awal.
Jika dari usia awal anda mengamalkan rutin untuk menggunakan krim tabir suria, hasilnya pasti dapat dilihat pada hari ini. Ia berkesan untuk menghalang bintik-bintik gelap selain pigmentasi. Kandungan SPF yang merupakan faktor perlindungan matahari dapat menentukan sejauh mana ia dapat melindungi kulit anda. Menurut ahli dermatologi, kita disarankan untuk menggunakan krim yang mengandungi minimum SPF 30 sebelum keluar rumah.
6. Teh hijau
Sebut teh hijau, ramai peminatnya pasti tahu tentang kandungan khasiat yang tersirat dalam minuman ini. Ia minuman sihat dan diperkaya dengan antioksida selain khasiat yang sangat baik untuk tubuh.
Antaranya kandungan catechins, sejenis antioksida yang dapat mencegah kerosakan selain bantu untuk meningkatkan perederan darah, mengurangkan kolesterol selain tekanan darah dan menjamin kulit yang sihat.
7. Makanan berkhasiat
Seperti ungkapan you are what you eat atau anda adalah apa yang anda makan, penting untuk memastikan diet yang sihat setiap hari. Lebihkan pengambilan sayuran dan buah-buahan serta makanan yang diperkaya dengan omega 3 dan vitamin serta protein. Diet yang sihat pastinya dapat membuat anda tampil bukan sahaja sihat tapi kulit juga jelas cantik.
8. Waktu tidur
Waktu rehat malam ternyata berjalan seiring dengan penampilan dan perasaan seseorang. Jika waktu tidur anda mencukupi, pastinya keesokan hari anda akan mempunyai mood yang baik dan sekaligus wajah yang lebih segar serta kulit sihat untuk jangka yang panjang.
Waktu tidur yang bermutu anggaran enam hingga lapan jam setiap malam amat penting setelah sehari menjalankan pelbagai tugas di tempat kerja, sekolah mahupun di rumah.
Jika tidur cukup, anda juga dapat menikmati kulit yang lebih segar dan berseri. Bukan itu sahaja, ia juga dapat mengawal pergelangan gelap di bawah mata dan melambatkan penuaan. Kulit menghasilkan kolagen baru semasa anda sedang tidur. Oleh itu, penting untuk dapatkan tidur yang cukup tanpa gangguan.
Penggunaan krim kecantikan kulit sering menjadi rejim bagi ramai, terutamanya golongan wanita. Ia merupakan antara rutin yang wajib dilakukan seharian. Setelah kulit terdedah kepada pelbagai pencemaran pada siang hari, inilah antara krim yang tepat disapukan pada kulit pada sebelah malam. Ia membantu mencegah penuaan untuk meremajakan kulit dengan kehadiran khasiat dan kelembapan yang mencukupi. Cuba dapatkan krim malam yang bermutu dan sesuai untuk kulit anda.
10. Topeng muka
Rutin menggunakan topeng setiap minggu terbukti dapat membantu kulit tampil lebih bermaya dan remaja. Anda boleh menggunakan masker buat sendiri mengikut jenis kulit anda. Contohnya yang mengandungi bahan seperti madu, lidah buaya, telur, tairu, buah-buahan, bijirin oat dan sebagainya.
Ia merupakan sesuatu yang penting dalam kehidupan semua. Sistem dan fungsi dalam tubuh kita bergantung pada air. Pastikan untuk sentiasa hidratkan tubuh, apatah lagi pada musim panas ini. Bawa sebotol air ke mana sahaja anda pergi dan sentiasa hidratkan diri anda. Minum sekurang-kurangnya lapan atau lebih gelas air untuk menghapuskan toksin dalam tubuh.
12. Jerawat
Usah memicit atau sentuh jerawat kerana ia akan membuat keadaan lebih teruk. Sebaliknya anda boleh merawat jerawat tanpa meninggalkan parut dengan menggunakan retinol atau benzoyl peroxide untuk menghilangkannya. Selain itu, pastikan untuk gunakan pencuci muka yang sesuai untuk elakkan jerawat menjadi lebih besar.
13. Makanan junk
Iya, makanan tidak sihat seperti kerepek, keropok, makanan segera dan juga merokok akan menjejas kesihatan kulit. Jika inginkan kulit yang cantik dan bebas masalah, elakkan daripada mengambil snek yang kurang sihat selain kerap merokok. Amalkan diet yang sihat dan gaya hidup yang seimbang.
14. Bantal
Pastikan untuk tidur di atas sarung bantal yang bersih dan fabrik yang baik untuk kulit. Antaranya, sutera yang semula jadi dapat tahan daripada hama habuk dan alahan lain. Percaya atau tidak, sarung bantal yang bersih dapat membantu kulit kekal sihat selain mengurangkan garisan halus selain kedutan wajah sebelum tiba masanya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.