Skip to main content

Gaya Hidup

Daiso S'pura kenakan bayaran GST mulai 1 Mei

Anggaran Waktu Membaca:
Daiso S'pura kenakan bayaran GST mulai 1 Mei
Diterbitkan : 16 Apr 2022 10:58AM Dikemas Kini : 16 Apr 2022 01:14PM

SINGAPURA: Kedai barangan gaya hidup Jepun, Daiso, terkenal dengan konsep menjual semua barangan pada harga S$2 setiap satu kecuali bagi kedai berkonsep premiumnya, Threepy. 

Namun, mulai 1 Mei 2022, Daiso Singapura akan mula mengenakan bayaran GST untuk barang-barangannya. 

Ini bermakna segala produk yang dijual Daiso tidak akan lagi berharga S$2. 

Satu catatan yang dimuat naik ke laman kumpulan Facebook 'Daiso and Threepy' oleh seorang pengguna bernama Ava P Burgh menunjukkan tanda "notis perubahan harga" yang ditampal di sebuah cawangan Daiso. 

Notis itu memaklumkan kepada para pelanggan bahawa Daiso "berusaha untuk memastikan produk-produk kami berharga berpatutan. Untuk terus mempertingkatkan mutu barang-barang kami, akan terdapat satu perubahan pada harga. Semua harga akan termasuk GST mulai 1 Mei 2022." 

Notis itu bagaimanapun tidak menyatakan dengan jelas harga baru yang akan dikenakan kepada pelanggan. 

Berdasarkan harga tetap yang dikenakan sekarang, pelanggan mungkin dikenakan bayaran berikut pada masa akan datang: 

2022: Mengikut kadar GST semasa, iaitu 7 peratus, pelanggan harus membayar S$2.14 untuk setiap produk Daiso mulai 1 Mei 2022 sehingga 31 Disember 2022. 

2023: S$2.16 (Kadar GST akan dinaikkan kepada 8 peratus pada 1 Januari 2023)

2024: S$2.18 (Kadar GST akan dinaikkan kepada 9 peratus pada 1 Januari 2024) 

Dalam satu berita berasingan, Daiso juga akan membuka sebuah cawangan baru di Jurong Point, sekali gus mengambil alih cawangan BHG yang tidak lagi beroperasi di sana. 

Sumber : Today/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita