Dahulu geli-geleman, Norhayati Samsudin kini 'pakar' hapuskan serangga perosak
Tugasnya di Industrial & Commercial Facilities Management bukanlah seperti yang dibayangkan oleh kebanyakan orang bagi pekerja yang bertugas di barisan hadapan, tetapi ia adalah sesuatu yang dibanggakan oleh Norhayati Samsudin.
Norhayati Samsudin bekerja sebagai seorang pegawai kawalan perosak selama lebih empat tahun. (Gambar: CNA/Izza Haziqah)
Bagi wanita yang berumur 44 tahun itu, kawalan perosak bukan sekadar "menghapuskan" atau membunuh serangga atau haiwan perosak. Ini tentang menjaga kebersihan dan memastikan haiwan dipindahkan ke ruang yang selamat supaya ia tidak lagi mengganggu kawasan itu.
"Saya menggemari apa yang saya lakukan," katanya. "Saya memastikan tempat bersih, dan tugas itu menggembirakan saya."
Beliau biasanya ditempatkan di satu lokasi - pusat beli-belah, sekolah, hotel atau restoran - dan menghabiskan masa seharian memeriksa serangan lipas, pembiakan nyamuk dan sarang tebuan, sambil membersihkan anai-anai dan mencegah monyet.
LIPAS, ANAI-ANAI, TIKUS – SEMUANYA SUDAH BIASA BAGINYA
Para pegawai kawalan perosak perlu lulus ujian pentauliahan untuk memastikan mereka dapat bertindak balas dengan sewajarnya terhadap haiwan dan perosak yang berbeza.
Sebagai contoh, Norhayati, yang sudah lebih empat tahun bertugas dalam bidang kawalan perosak, dilatih mengendalikan situasi melibatkan monyet, supaya haiwan itu meninggalkan sesebuah kawasan tanpa beliau menggunakan kekerasan atau membahayakan haiwan tersebut.
"Kadangkala, pakaian seragam kawalan perosak saya cukup sebagai penghalang," beliau ketawa semasa teringat apabila pasukannya dikerahkan untuk menangani sekumpulan monyet yang berkumpul berhampiran sebuah restoran.
Monyet-monyet itu kerap mengganggu restoran tersebut dan apabila Norhayati muncul di tempat kejadian, haiwan itu seolah-olah mengenali pakaiannya dan terus meninggalkan kawasan berkenaan.
Di sebuah sekolah iaitu lokasi di mana dia ditempatkan, Norhayati perlu memastikan monyet-monyet yang berkeliaran dari taman berhampiran tidak akan mengganggu dan mencuri barang milik para pelajar.
"Orang selalu memberi saya pandangan pelik ini apabila saya mengatakan bahawa tugas saya ialah mengawal haiwan perosak," katanya lagi. "Kemudian saya memberitahu mereka bahawa saya menangani monyet, dan tiba-tiba, mereka kelihatan begitu berminat dan teruja."
Perosak paling biasa yang terpaksa beliau tangai ialah lipas.
"Lipas ada di mana-mana, itu sesuatu yang anda tidak boleh elak," katanya.
Norhayati semakin mahir menangani lipas. Beliau boleh meneka berapa besar saiz lipas, sama ada ia jenis yang boleh terbang ataupun tidak, dan berapa pantas ia boleh bergerak, berdasarkan najis lipas.
"Ia menjijikkan, tetapi maklumat itu sangat berguna kerana dengan itu, kita akan tahu cara terbaik untuk katanya lagi.
MINAT TERHADAP BIDANG TIDAK KONVENSIONAL
Beliau pernah bekerja dalam industri makanan dan minuman (F&B), bermula sebagai kakitangan perkhidmatan dan akhirnya menguruskan beberapa restoran. Beliau juga menceburi bidang pengurusan kemudahan, mencuba penghantaran makanan, dan buat seketika, menjadi suri rumah kepada anak-anaknya, yang kini berusia antara 11 dan 25 tahun.
Satu perkara yang dekat di hatinya: Beliau suka menjaga kebersihan sesebuah tempat.
"Jika tempat itu tidak bersih, ia boleh menjejaskan mood," katanya.
Norhayati terlibat dalam kawalan perosak "secara tidak sengaja" selepas rakan dalam industri tersebut mencadangkan agar beliau mencuba kerja itu kerana beliau sangat mementingkan kebersihan.
Pada mulanya, Norhayati tidak terlalu memikirkan tentang saranan tersebut.
"Saya mempunyai reaksi yang sama seperti kebanyakan orang, yang sebenarnya saya malu pada mulanya," katanya. "Mengapa saya mahu bekerja dalam bidang kawalan perosak? Ia kotor dan menjijikkan."
Tetapi semakin beliau memikirkannya, semakin masuk akal. Norhayati sudahpun mencuba pekerjaan yang berbeza, dan beliau mendambakan sesuatu yang lebih stabil yang membolehkannya meluangkan lebih banyak masa berada di rumah bersama anak-anaknya.
"Ia seolah-olah seperti rasa takut yang bermain dalam benak fikiran saya," katanya. "Tidak semestinya saya perlu berasa takut kepada haiwan perosak semata-mata kerana saya seorang wanita."
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.