Dahulu buat kopi untuk kumpul dana; kini pemilik gerai 'pop-up'
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Kopi dapat menyatukan masyarakat.
Demikian pandangan dua pengasas gerai kopi 'pop-up' Kopistan Encik Muhammad Afiq, 36 tahun dan Cik Siti Nazhifah, 33 tahun.
Idea untuk membuka gerai itu berputik selepas mereka menjadi sukarelawan untuk acara amal Soutilaahi.

"Masa kami duduk, ramai yang mula memesan kopi dari kafe lain. Kami fikir ada sesuatu yang tidak kena. Sesuatu acara harus hidangkan kopi yang dinikmati ramai. Afiq bertanya kenapa kami tidak buat kopi sendiri.
“Acara-acara sebegini harus mempunyai kopi untuk dinikmati oleh orang ramai. Untuk menyatukan masyarakat,” ujar Siti Nazhifah kepada BERITA Mediacorp.
Afiq berkata idea untuk membuka perniagaan kopi juga satu cara untuk berkongsi citarasa kopi beliau dengan orang lain.

“Apabila saya ke kafe atau kedai kopi, saya akan pulang ke rumah dan bancuh kopi sendiri,” seloroh Afiq.
Nazhifah sebenarnya pernah bekerja sebagai seorang barista selama lebih enam tahun.
“Ia membawa saya kembali kenangan indah menghidangkan kopi kepada orang ramai dan itulah yang saya gemari,” kata Nazhifah.
Sebagai ibu kepada dua anak, Nazhifah berkongsi bahawa dinamik menjalankan perniagaan bersama rakannya tidak sukar.
“Afiq faham yang saya mempunyai komitmen saya tersendiri. Afiq ini seorang yang akan ‘bertukang’. Beliau yang akan memanggang biji kopi dan menguruskan logistik," kata Nazhifah.

‘COLD BREW’ UNTUK PENGUMPULAN DANA
Salah satu kopi yang ditawarkan adalah kopi "Cold Brew" mengikut resipi yang diciptanya untuk satu usaha mengumpul dana untuk sebuah hospital di Senegal sewaktu bulan Ramadan pada 2021.
Beliau menjual ‘Oat Milk Cold Brew’ yang dinamakan 'Nubra Valley' sebagai cara untuk menggabungkan minatnya dalam pembuatan kopi.

Maklum balas yang beliau terima untuk minuman itu sangat menggalakkan.
Pada Ramadan tahun lalu, Nazhifah bergabung bersama Afiq untuk satu lagi usaha pengumpulan dana dengan menjual ‘Cold Brew’ yang diberi nama 'Sahur Sunrise'.

“Maklum balas ‘Cold Brew’ kami baik dan orang ramai bertanya bila saya akan membuatnya lagi. Tetapi saya tidak mempunyai cara dan masa untuk melakukannya. Jadi apabila Kopistan bermula, saya fikir saya boleh kembalikan ‘Cold Brew’ ini,” kata Nazhifah.
Afiq dan Nazhifah membuat keputusan untuk meneroka dan menubuhkan Kopistan pada Mac tahun ini untuk meluaskan perniagaan kopi mereka.
“Kami mempunyai banyak sokongan daripada rakan-rakan yang ingin kami sediakan kopi di acara-acara mereka,” kata Nazhifah

Mereka sudah melakukan lima gerai ‘pop up’ di ruang acara kecil seperti Open Door Store di Tai Seng dan Shrub di Golden Mile Tower.
“Tidak ada tatatingkat bahawa seseorang lebih baik daripada yang lain. Kami ingin wujudkan komuniti yang menyokong (perniagaan kopi kami).
“Kesan terbesar apabila mereka (para pelanggan) berkata yang Kopistan ini mesra, baik dan melayani pelanggan dengan baik, dan menjalin persahabatan,” kata Nazhifah.
Mereka berdua berharap untuk menganjurkan acara sendiri dengan persembahan muzik dan puisi dalam masa terdekat.

Sumber : BERITA Mediacorp/ft
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.