Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Cuti sekolah kembali lagi; Ini kami senaraikan kegiatan untuk anda sekeluarga...

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Cuti sekolah kembali lagi. Seperti biasa, kami senaraikan pelbagai kegiatan yang boleh anda lakukan bersama anak-anak.

Usah bingung kerana terdapat bermacam-macam aktiviti yang boleh disertai di merata kota Singa. Malah, ada yang masuk percuma!

Dari sukan lasak, jelajah Eco trail, penginapan hotel sehinggalah persembahan teater. Ayuh! Ikut serta dalam acara-acara ini sambil bersantai dan berhibur seisi keluarga.

1. LITAR KF1 KARTING

Anak-anak yang gemar dengan kereta lumba pasti teruja apabila berada di litar The Karting Arena ini.

KF1 Karting Circuit (Gambar: KF1 Karting)

Tapi sebelum ke sini pastikan anak-anak anda berusia sekurang-kurangnya 9 tahun, dengan ketinggian minimum 140 sentimeter.

Mereka boleh memilih untuk memandu sendiri atau ditemani, semuanya bergantung kepada ketinggian masing-masing.

Antaranya, si cilik akan diajar tentang syarat-syarat di jalan raya dan asas memandu.

Di mana?

Singapore Expo, 1 Expo Drive S486150, Atrium 4.

Harga tiket?

$15 dan $35.

Layari https://kf1karting.com

2. TAMAN PERMAINAN DINOSAUR JURASSIC

Peminat dinosaur pasti tidak mahu terlepas untuk ke sini.

Berhibur seisi keluarga dengan permainan bertema yang tertutup, Jurassic Dinosaur – Adventure Park.

Taman Permainan Dinosaur Jurassic (Gambar: Downtown East)

Di sini juga anda boleh menggali fosil dinosaur selain sertai pelbagai permainan yang lain seperti gelongsor gunung berapi, trampolin, kereta api mini dan banyak lagi.

Di mana?

Sekarang hingga 20 Mac 2022 di Let’s Play@D’Marquee di Downtown East

Harga tiket?

Dari $25

3. GARDEN RHAPSODY

Bermandi cahaya lampu indah berwarna-warni pada waktu malam.

Taman Di Pesisiran. (Gambar: Taman Di Pesisiran)

Pertunjukkan 15 minit ini akan membuat setiap pengunjung tidak kira usia rasa tertawan. Acara yang digelar Garden Waltz ini diadakan dua kali setiap malam. Setiap hari pada jam 7.45 malam dan 8.45 malam.

Di mana?

Di Supertree Grove di Taman Di Pesisiran.

Harga tiket?

Masuk percuma.

4. JEJAK EKO

Lihat telatah si kecil apabila berpeluang untuk memberi makan kepada sang arnab, ayam dan haiwan-haiwan yang lain.

Jauh dari hiruk pikuk kota, taman ini dipenuhi dengan tumbuhan menghijau selain ternakan ikan, haiwan, serangga dan lain-lain. Sesuai untuk kunjungan kanak-kanak berusia 3 tahun ke atas.

Eco trail. (Gambar: Aizam Omar)

Setiap kunjungan yang berpandu mengambil masa anggaran 90 minit dengan berjalan kaki di kawasan seluas 2.6 kilometer.

Jika ingin ke sini, datang pada sebelah pagi untuk elakkan cuaca panas terik.

Di mana?

91 Lorong Chencharu di Yishun, Dibuka dari 9.00 pagi – 5.00 petang (hujung minggu dan cuti sekolah saja).

Harga tiket?

Bayaran masuk dari $21.

Layari https://ecotrail.com.sg

5. MARCH ON

Festival tahunan kanak-kanak ini kembali sekali lagi pada cuti sekolah Mac ini.

Berhibur bersama keluarga menyaksikan pelbagai pesembahan mesra kanak-kanak. Dari persembahan teater, pameran dan banyak lagi. Terdapat pelbagai acara percuma antaranya, The Rattle KingLay, Playing Monster, My Feeling Mask dan lain-lain.

Layari www.esplanade.com untuk maklumat lanjut.

6. BRICKSAURS WORLD

Jika anak anda seorang penggemar haiwan dia pasti tidak akan jemu untuk mengunjungi Taman Haiwan Singapura (Zoo) dan River Wonders berulang kali.

Brickosaurs World (Gambar: Wildlife Reserve)

Apabila ke Zoo kali ini jangan lupa untuk singgah ke Brickosaurs World, di mana terdapat dinosaur buatan manusia yang direka dalam pelbagai saiz dari kecil hinggalah besar seperti T-Rex.

Selain itu, terdapat pelbagai aktiviti lain seperti dino maze, bengkel kraf dan treasure hunt di mana si kecil boleh cuba mencari fosil dinosaur.

Layari www.mandai.com untuk tempahan

7. 'STAYCATION' HELLO KITTY

Walaupun tidak berkesempatan untuk cuti ke luar negara, anda masih boleh bercuti di dalam negara.

Staycation Hello Kitty (Gambar: Fairmont Singapore)

Hotel Fairmont menawarkan percutian bertemakan Hello Kitty. Setiap bilik dihiasi dengan koleksi bertemakan karakter kartun kegemaran ramai ini. Dari kusyen edisi terhad, tuala, gelas minuman, pelitup hinggalah mangkuk serta biskut yang semuanya bercorak Hello Kitty. Ia pasti akan mencuit hati si comel!

Untuk tempahan layari www.fairmont-singapore.com/offer/the-purrfect-hello-kitty-staycation/

8. LUNCUR BERODA ATAU ROLLERSKATING

Ini satu lagi kegiatan yang boleh dilakukan bersama seisi keluarga.

(Gambar: hirollersingapore)

Kunjungi HiRoller, gelanggang tertutup luncur roda yang paling besar di kota Singa. Lungsur sambil ditemani muzik dan hiasan lampu disco warna-warni. Piliih sama ada ingin mencuba inline skates atau quadskate. Tunggu apa lagi?

Tunjukkan kebolehan melungsur anda!

Layari www.hirollersingapore.com untuk tempahan.

9. WATER BIKE

Jika selalunya anda mengayuh basikal bersama keluarga melalui Rangkaian Penghubung Taman (PCN), kali ini, cubalah sesuatu yang berbeza.

(Gambar: waterbike.sg)

Water bike ini tidak mempunyai roda tetapi direka dengan dua boya dan anda hanya perlu santai mengayuh di atas air. Jangan khuatir, pakaian tidak akan basah. Ianya selamat, mudah dan stabil.

Layari www.waterbike.sg untuk tempahan.

10. BYE MADAGASCAR

Mac ini merupakan kali terakhir anda boleh bertemu dengan Madagascar di Universal Studio di Singapura (USS).

(Gambar: USS)

Madagascar: A Crate Adventure sudah berada di USS sejak taman bertema ini dibuka pada 2010. Pada hujung Mac ini nanti watak-watak seperti Alex, Gloria, King Julien, Skipper, Rico, Private dan Kolwaksi dari program animasi Dreamworks akan mengucapkan selamat tinggal, Sekali gus menutup tirai bagi memberi laluan kepada Minion untuk beraksi.

Sertai acara perpisahan yang dianjurkan oleh USS – One Last Boogie mulai 10 hingga 27 Mac 2022. Pengunjung berpeluang bertemu dengan watak-watak Madagascar dan saksikan perarakan terakhir mereka!

Layari www.rwsentosa.com/en/attractions/universal-studios-singapore untuk tempahan.

Tidak kira apa juga kegiatan yang ingin disertai atau tempat yang dikunjungi, pastikan untuk mengamalkan keselamatan diri. Jangan lupa untuk memakai pelitup sepanjang masa.

Sumber : BERITA Mediacorp/nk

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan