Skip to main content

Gaya Hidup

Curiosity Cove Mandai Wildlife Reserve bakal dibuka 21 Nov

Anggaran Waktu Membaca:
Curiosity Cove Mandai Wildlife Reserve bakal dibuka 21 Nov
Sebahagian daripada pengalaman yang disediakan di Curiosity Cove yang akan datang. (Gambar: Mandai Wildlife Group)
Diterbitkan : 05 Nov 2025 11:43PM Dikemas Kini : 06 Nov 2025 12:07AM
SINGAPURA: Seluas 4,600 meter persegi, Curiosity Cove yang akan dibuka di Mandai Wildlife Reserve digelar "landskap permainan dalam bangunan yang terbesar di Singapura, diilhamkan oleh alam semula jadi yang direka untuk kanak-kanak berusia tiga hingga 12 tahun".

Apabila ia dibuka kepada orang ramai pada 21 November, pengunjung boleh meneroka empat zon bertema alam semula jadi yang diilhamkan oleh ekosistem dunia sebenar: Wetlands, Forestlands, Grasslands dan Drylands.

Setiap zon mempunyai elemen interaktif - fizikal dan digital.

Wetlands, misalnya, mengajar kanak-kanak bagaimana air menghubungkan ekosistem dan menyokong setiap yang hidup.

Terletak di zon ini ialah Reef Retreat, yang membolehkan pengunjung berjalan di sekeliling terumbu karang.
Related article image
Reef Retreat di zon Wetlands di Curiosity Cove. (Gambar: Mandai Wildlife Group)
Di Forestlands, kanak-kanak boleh memanjat sarang-sarang daun yang terletak di atas pokok di Orangutan Sleeping Platform atau menggegarkan liana yang tergantung di Singing Tree.
Related article image
Orangutan Sleeping Platform di zon Forestlands di Curiosity Cove. (Gambar: Mandai Wildlife Group)
Di Grasslands, pengunjung boleh belajar bagaimana haiwan menyelindungi diri mereka menerusi penyamaran di savana dengan kawasan seperti Watering Hole dan Nature's Theatre Cave.
Related article image
Watering Hole di zon Grasslands di Curiosity Cove. (Gambar: Mandai Wildlife Group)
Mereka yang berada di Drylands boleh memasuki Giant Snake Belly, sebuah ruang permainan yang luas. Di sini, kanak-kanak boleh meneroka melalui perut ular sepanjang 27 meter dengan terowong berjaring.
Related article image
Giant Snake Belly di zon Drylands Curiosity Cove. (Gambar: Mandai Wildlife Group)
Kemasukan ke Curiosity Cove adalah mengikut slot masa yang diperuntukkan antara pukul 10.00 pagi hingga 6.30 petang.

Slot standard dua jam berharga S$48, yang memberi kemasukan seorang kanak-kanak (berusia antara tiga hingga 12 tahun) dan seorang dewasa (berumur 21 tahun ke atas).

Masa bermain yang dilanjutkan boleh dinikmati menerusi pilihan tambahan.

Dalam satu kenyataan, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kumpulan Mandai Wildlife Group Bennett Neo berkata: "Curiosity Cove direka untuk mencetuskan rasa ingin tahu semula jadi kanak-kanak dan menawarkan mereka pengenalan yang menarik kepada alam semula jadi dengan cara yang mengujakan dan memberi inspirasi.

"Pengalaman imersif ini mengajak kanak-kanak untuk mempelajari tentang hidupan liar dan ekosistem, membawa kisah alam semula jadi menjadi kenyataan melalui alat permainan interaktif dan elemen fizikal," kata beliau,

Maklumat lanjut mengenai Curiosity Cove boleh didapati di laman ini.
Sumber : CNA/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita